web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suspek Utama Kes Bunuh, Maut Terjun Bangunan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 4:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes pembunuhan seorang pelajar, maut selepas jatuh daripada sebuah unit tingkat 26 sebuah bangunan di Damansara Perdana, semalam. 

Lelaki berumur 24 tahun terbabit sebelum itu dibawa ke bangunan yang didakwa lokasi pembunuhan itu bagi menunjukkan bahan bukti dengan diiringi seorang pegawai dan tiga anggota polis.

“Suspek telah meminta kepada polis untuk dibawa ke balkoni dengan helah ingin menunjukkan bahan bukti baharu walaupun tiada apa-apa di balkoni itu,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa itu, tangan lelaki terbabit digari di hadapan berikutan terdapat kecederaan dengan lebih 100 jahitan akibat pergelutan dengan pelajar yang didakwa dibunuh di rumah di bangunan itu.

Lelaki terbabit secara tiba-tiba merentap kedua-dua tangannya yang dipegang anggota polis dan berlari sebelum terjun dari balkoni unit itu yang terletak di tingkat 26 bangunan tersebut.

Lelaki terbabit merupakan suspek utama kes pembunuhan rakan sekolejnya berusia 24 tahun pada 6 Mei lepas dan kejadian dipercayai akibat perselisihan faham berkaitan penjualan dadah dan masalah hutang.

Dia ditahan pada 9 Mei dan perintah tahanan reman diperoleh selama tujuh hari hingga 16 Mei.

Arjunaidi berkata berikutan kematian lelaki terbabit, kes bunuh itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Mahkamah Koroner.

Kematian lelaki terbabit pula kini disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan ekoran kecuaian pegawai dan anggota polis mengawal tahanan. 

“Kami harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan siasatan masih dijalankan. Sekiranya ada sebarang kecuaian kami akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia