web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nelayan Putih Mata, Bot Menangkap Udang Musnah Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 May 2021 5:17PM

Sebuah kapal nelayan musnah dijilat api di Jalan Pesisiran Pantai, Tawau, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sebuah kapal nelayan musnah dalam kebakaran di Jalan Pesisiran Pantai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi tadi, kepulan asap hitam jelas kelihatan dari jarak empat kilometer selepas api marak dengan pantas membakar kapal yang diperbuat dari kayu itu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Saba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.14 pagi.

"Dengan bantuan bot Pasukan Polis Marin (PPM), sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota bertugas kemudian bertindak memadamkan api menggunakan sumber air laut terbuka," katanya.

Api berjaya dipadamkan dan operasi tamat sepenuhnya jam 12.57 tengah hari.

Tambahnya, kebakaran itu menyebabkan kapal nelayan khusus untuk menangkap udang itu musnah sepenuhnya.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku.

"Kami sedang menyiasat punca dan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung pemilik kapal ekoran kejadian tersebut," katanya. - Getaran, 12 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia