web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ICU Semakin Getir, COVID-19 Kian Parah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 May 2021 12:02AM

Pertambahan jumlah pesakit COVID-19 menyebabkan katil-katil di wad ICU mengalami kekurangan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Suasana di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital kerajaan semakin getir, susulan pertambahan pesakit COVID-19 yang kian meningkat, dan ia diburukkan dengan ketiadaan katil kosong serta kekurangan alat perubatan.

Situasi itu menyebabkan doktor terpaksa membuat pilihan, antara menentukan pesakit yang perlu dirawat di hospital dan siapa terpaksa pulang.

Seorang doktor bertugas memberitahu The Vibes, ada beberapa negeri terpaksa berhenti mengambil pesakit yang berusia 75 tahun ke atas.

“Kita sedang melihat satu trend yang menyaksikan terdapat pesakit berusia 40 hingga 60 tahun di dalam ICU, malah ada pesakit yang berusia semuda 20 tahun.

“Bolehkah anda bayangkan jika insan kesayangan anda berumur 70 tahun ke atas, tidak boleh masuk ICU kerana tiada katil kosong dan terpaksa bersesak nafas tanpa bantuan rawatan ICU?” katanya yangtidak mahu dikenali.

Jika Malaysia merekodkan lebih banyak kes yang memerlukan rawatan ICU di masa hadapan, angka kematian juga akan turut meningkat kerana sistem penjagaan kesihatan negara sudah terlalu goyah, ujar doktor itu.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa Malaysia mempunyai 734 katil ICU dengan hampir 500 buah daripadanya telah diisi.

Beliau menyasarkan kesemua katil ICU tersebut akan diisi sepenuhnya dengan kes baharu OVID-19, yang mungkin memerlukan sebanyak 1,700 katil jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada hari ini hingga 7 Jun tidak dilaksanakan.

“Kalau kita diberi tempoh selama dua atau empat minggu, Kementerian Kesihatan boleh menambah jumlah katil ICU dan peralatan perubatan seperti alat bantuan pernafasan.

“Sebab itulah kita berbuat sedemikian. Untuk bersiap sedia, untuk mengelakkan kontak serta mengurangkan kadar jangkitan,” kata Dr Noor Hisham.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader, turut memberitahu The Vibes, Putrajaya harus bersikap tegas dalam peguatkuasaan PKP yang terbaru ini bagi memastikan pandemik berkenaan dapat  ditangani.

 “Nyawa rakyat lagi penting daripada ekonomi kerana ia yang memberi nafas kepada ekonomi.

“Kita tidak boleh menjadikan ekonomi sebagai satu alasan di atas kegagalan kita mengawal pendemik ini,” kata Mohideen.

Malaysia merekodkan sebanyak 4,765 kes jangkitan baharu hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat sehingga 453,222 kes. – Getaran, 12 Mei 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia