web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Ziarah, Lindungi Diri Dari Ancaman COVID-19 - Khutbah Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 10:29AM

Orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri di perkarangan Masjid Negara. - Gambar Alif Omar

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diingatkan supaya tidak menziarahi saudara mara dalam menyambut hari raya tahun ini.

Ingatan perihal pematuhan amalan norma baharu itu disampaikan menerusi bacaan khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), bertajuk: “Aidilfitri Dirai, Norma Baharu Diinsafi.”

“Cukuplah kita berhubung secara maya kerana dibimbangi jika ada dalam kalangan kita yang dijangkiti wabak ini, ianya akan menyebabkan berlaku penularannya yang sukar dibendung dan dikawal.

“Manfaatkanlah kecanggihan teknologi pada telefon pintar seperti aplikasi Whatsapp, Telegram, Instagram, Facebook dan sebagainya untuk berhubung terutama dengan ibu bapa yang berada jauh di kampung halaman, kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan,” kata teks khutbah berkenaan.

Jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di luar perkarangan Masjid Negara.
Jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di luar perkarangan Masjid Negara.

Malaysia buat kali ketiga melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula semalam sehingga 7 Jun, susulan gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Semalam, negara merekodkan 4,765 kes jangkitan baru COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 453,222.

“Tahun ini kita sekali lagi menyambut hari raya dalam suasana yang berbeza daripada kebiasaan akibat daripada pandemik COVID-19.

“Walaupun kita merasa sedih dan hiba, namun Islam mengajar kita supaya bersyukur, bersabar dan bertawakal dalam menempuhi ujian ini,” tambah teks berkenaan. - Getaran, 13 Mei, 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia