web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Bayaran Balik Bersasar Diteruskan Untuk Pelanggan Yang Terkesan - AIBIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 12:24PM

Pelanggan hanya perlu menghubungi pihak bank untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang bersesuaian. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank-bank ahli di bawah Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) komited untuk terus membantu pelanggan yang terkesan dengan COVID-19 dan berdepan kesulitan untuk membuat bayaran balik pembiayaan.

Pengarah Eksekutif AIBIM Ratna Sha’erah Kamaludin berkata pihak bank telah merangka proses permohonan dan keperluan dokumentasi yang ringkas bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan.

“Pelanggan hanya perlu menghubungi pihak bank untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang bersesuaian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut AIBIM, di bawah Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, sehingga 26 Mac 2021, bank-bank secara kolektif telah meluluskan lebih 95 peratus daripada 1.6 juta permohonan yang diterima, termasuk permohonan moratorium pembiayaan dan pengurangan bayaran bulanan. 

Persatuan tersebut turut menggesa pelanggan yang terjejas untuk segera berunding dan mendapatkan bantuan daripada pihak institusi perbankan.

AIBIM telah ditubuhkan pada 1995. Pada masa ini, terdapat 26 bank ahli yang termasuk 11 bank tempatan, lima institusi kewangan pembangunan dan 10 bank asing yang diperbadankan di Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia