web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: 2 Kematian Baharu Direkod Di Besut, Tertinggi Di Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 1:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Dua lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan di Besut semalam, sekali gus menjadikan jumlah kematian di daerah itu yang tertinggi di Terengganu setakat ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata jumlah kematian di seluruh Terengganu adalah seramai 17 orang dan 10 daripadanya warga Besut.

"Kes kematian terbaharu ini ialah warga emas lelaki berusia 71 tahun dari Kampung Pelagat 3 dan seorang wanita berumur 55 tahun dari Kampung Bukit Tumbuh. 

"Setiap kematian akibat COVID-19 sangat menyayat hati kerana yang menguruskan jenazah adalah pihak lain, bahkan sepanjang berada di hospital atau ICU  (Unit Rawatan Rapi) juga pesakit hanya keseorangan tanpa ditemani oleh ahli keluarga yang hanya mampu melihat dari jauh atau mereka berada di pusat kuarantin," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook. 

Ketika ini, terdapat 11 pesakit COVID-19 sedang menerima rawatan di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan tujuh daripadanya dari Besut.

Justeru Nor Azimi berharap orang ramai akan terus kekal duduk di rumah di samping mengehadkan pergerakan dan mengelakkan berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini. 

"Ini sangat penting bagi memutuskan penularan jangkitan COVID-19 dengan cepat. Data harian dan kematian kes COVID-19 adalah benar, malah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga benar dalam mencegah jangkitan wabak. Janganlah kita menjadi punca kemudaratan kepada orang lain," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia