web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Negara Perlukan Desentralisasi Pendidikan, Guru Harus Tingkatkan Kefahaman Literasi Perundangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 7:15AM

Selain menghadapi krisis bencana kesihatan dan persekitaran, setiap warga pendidik perlu memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa melaksanakan desentralisasi pendidikan dengan lebih menyeluruh di seluruh negara agar penambahbaikan sekolah dapat dilakukan.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, desentralisasi pendidikan yang dilaksana mengikut keperlulan pelajar di lokaliti tertentu mampu memperkasa guru dan pentadbir sekolah.

Menurut beliau, selain menghadapi krisis bencana kesihatan dan persekitaran, setiap warga pendidik perlu memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. 

"Sebagai contoh, kemajuan pesat teknologi maklumat menyebabkan pelajar sekolah semakin terdedah kepada penggunaan gajet di dalam kehidupan mereka.

"Pemilikan telefon pintar, komputer dan peranti lain menyebabkan mereka mempunyai rutin baharu dalam proses pencarian maklumat. Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber seperti buku teks atau bahan bacaan bercetak semata-mata," katanya kepada Getaran sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei ini. 

Anuar berkata, perubahan teknologi menuntut guru untuk mengubahsuai dan menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Menjadi cabaran kepada guru jika kemudahan teknologi pendidikan dan sumber digital masih belum disediakan di sekolah. Internet laju, kemudahan komputer riba, papan layar digital semakin menjadi alatan asas dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah - Gambar Hiasan
Menjadi cabaran kepada guru jika kemudahan teknologi pendidikan dan sumber digital masih belum disediakan di sekolah. Internet laju, kemudahan komputer riba, papan layar digital semakin menjadi alatan asas dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah - Gambar Hiasan

"Semua cabaran itu menuntut supaya institusi keguruan menjadi lebih kalis kepada perubahan tidak menentu, dan bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu yang sebelum ini belum pernah dihadapi oleh warga pendidik. 

"Menjadi cabaran kepada guru jika kemudahan teknologi pendidikan dan sumber digital masih belum disediakan di sekolah. Internet laju, kemudahan komputer riba, papan layar digital semakin menjadi alatan asas dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah," katanya. 

Jelas beliau, platform Standard Guru Malaysia (SGM) yang diasaskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM)  jelas menunjukkan warga pendidik bukan hanya seorang pengajar tetapi, seorang insan aktif di bilik darjah, sekolah dan juga kepada masyarakat.

"SGM menekankan pembinaan jiwa pendidikan melalui empat teras utama iaitu pertama, guru mestilah meningkatkan kualiti peribadi.

“Teras kedua pula, guru perlu dipastikan memiliki orientasi ilmu yang tinggi, diikuti memiliki tahap kemahiran instruksional baik dan terakhir, mesti mempunyai usaha melibatkan diri dengan komuniti setempat khususnya ibu bapa," katanya. 

Mengimbau kembali pemilihan tanggal 16 Mei sebagai Hari Guru, Anuar berkata, ia adalah simbolik sempena persetujuan Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu pada 1956 untuk menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Laporan Pelajaran Razak 1956) sebagai dasar pelajaran pertama negara selepas mencapai kemerdekaan.

"Sudah lebih 50 tahun hari guru dirayakan, sebagai tanda penghargaan rakyat Malaysia terhadap pengorbanan warga pendidik memberikan pendidikan kepada anak-anak bangsa. Tahun ini kita akan sekali lagi menyambut hari Guru dengan tema Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

"Sejarah negara membuktikan guru bukan hanya pengajar di dalam bilik darjah, mereka juga adalah pejuang rakyat. Sebelum merdeka, ramai guru berjuang menentang penjajahan British seperti Zaaba, Ibrahim Yaakub, Pak Sako dan ramai lagi," katanya. 

NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka kurang memahami undang-undang atau batas, apa seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan - Gambar Hiasan
NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka kurang memahami undang-undang atau batas, apa seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan - Gambar Hiasan

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang menyarankan agar guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang susulan peningkatan trend saman terhadap warga pendidik.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu, termasuk yang melibatkan perkhidmatan serta permasalahan dalam mengajar. 

"Kita juga terima aduan berkaitan isu menjalankan kokurikulum, menguruskan sekolah dan setakat Mei ini, lapan aduan telah diterima oleh organisasi berkenaan.

“NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka kurang memahami undang-undang atau batas, apa seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan.

“Kami pun sedar sekiranya seseorang guru itu disaman, untuk mendapatkan khidmat guaman di luar pun cukup tinggi dan ada kemungkinan sampai tahap guru ini tidak mampu membiayai jumlah kos perbicaraan tersebut,” katanya. 

Tambahnya, NUTP turut menyediakan khidmat guaman kepada ahlinya namun hanya melihat kepada isu yang berkaitan sahaja, malah kesatuan berkenaan perlu memastikan mempunyai dana mencukupi menerusi tabung tindakan perusahaan di bawah organisasi terbabit. 

Sehubungan itu, Aminuddin mencadangkan agar kursus berkenaan perundangan mampu ditawarkan di maktab atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) bagi mengelakkan bakal warga pendidik disaman apabila bergelar seorang guru pada masa hadapan. 

“Kandungan perkara yang patut diajar kepada bakal guru diberikan lebih berkaitan undang-undang. Perkara ini juga perlu disebarluaskan kepada mereka yang sudah berada dalam sektor pendidikan. 

"Cuma setakat ini, kursus ini hanya pilihan dan ditawarkan di beberapa institusi sahaja serta jumlahnya pun terhad,” katanya. – Getaran, 15 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 23 jam yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad