web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aidilfitri Penuh Duka, Rumah Hangus Di Raya Pertama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 May 2021 2:37PM

Rumah Sattuo Mansur hangus dijlat api dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Kinabutan Besar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU- Seorang wanita bertindak berani mati apabila sanggup meredah api ketika kediamannya di Kampung Kinabutan Besar, di sini, terbakar, demi menyelamatkan beberapa dokumen penting.

Sattuo Mansur, 40, berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, isterinya secara tiba-tiba meluru masuk semula ke dalam rumah yang sedang marak terbakar, sebelum berjaya menyelamatkan dokumen pengenalan mereka sekeluarga.

"Ketika kejadian, saya yang sedang tidur terkejut apabila terdengar bunyi riuh dan orang berlari di ruang tamu.

"Sebaik keluar bilik, saya melihat api sedang marak dari bahagian dapur sebelum membawa lapan ahli keluarga lain segera keluar dari rumah," katanya ketika ditemui Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, isterinya bertindak masuk semula ke rumah sebelum keluar menyebabkannya melecur pada tapak kaki dan kini dirawat di Hospital Tawau.

Seorang lagi mangsa, Rawina Sandi, 44, mendakwa kerugian hampir RM30,000 selepas semua barang miliknya hangus dalam kejadian tersebut.

"Saya sepatutnya berpindah masuk ke situ pada hari raya ketiga.

"Namun, semua barang seperti televisyen, peti ais dan sebagainya sudah dipindahkan lebih awal di rumah berkenaan bagi memudahkan urusan berpindah," katanya.

Tidak dapat menahan sebak, Rawina bagaimanapun pasrah dengan kejadian tersebut dan menganggap ia sebagai ujian buat dirinya menjelang hari raya.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.28 pagi.

"Sepasukan anggota bomba segera ke lokasi kejadian dan bertindak mengawal keadaan.

"Api berjaya dipadamkan kira-kira 20 minit kemudian dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.34 pagi," katanya.

Sebanyak tiga rumah musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut tu termasuk membabitkan beberapa unit yang disewakan, manakala beberapa kediaman lain mengalami kerosakan minor.

Tambah JBPM, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa ekoran kejadian tersebut.

Sementara itu, nasib mangsa kebakaran terus mendapat perhatian umum termasuk wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.68 Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang turut menyumbangkan bakul makanan serta wang bagi meringankan beban mereka. - Getaran, 13 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia