web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarikh Lapor Diri Inspektor Gred YA13 Ditangguh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 May 2021 6:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh lapor diri untuk calon Inspektor gred YA13 ditanguhkan ke satu tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu hantaran di Facebook berkata, kesemua calon sebelum ini menerima arahan untuk 
melapor diri pada 23 Mei di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur.

Katanya, penangguhan itu membabitkan kesemua calon Inspektor lelaki dan wanita.

"Tarikh baharu melapor diri bagi semua calon inspektor polis Gred YA13 akan diumukan pada masa akan datang," kata PDRM.

Terdahulu, semua permohonan bagi jawatan Inspektor gred YA13 dibuat secara dalam talian pada 16 hingga 30 April lalu.

Semua pemohon yang lulus dengan memenuhi semua syarat telah menerima surat lapor diri selepas itu, sebelum keputusan penangguhan dibuat.

Antara lain, semua calon perlu memiliki sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang diikiraf kerajaan.

Mereka juga perlu berusia tidak melebihi 28 tahun. - Getaran, 13 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia