web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin Negara-Negara Islam Perlu Lindungi Palestin - MAPIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 May 2021 8:19AM

Mohd Azmi Abdul Hamid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pemimpin negara-negara Islam bertindak sekarang bagi melindungi serta membebaskan penduduk Palestin dan Baitulmaqdis.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata mereka tidak seharusnya berhenti selepas melontarkan kata-kata berbaur kebimbangan dan kecaman terhadap serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Baitulmaqdis, Al Aqsa dan Gaza oleh Israel.

“Setiap hari bahkan setiap minit kelewatan anda bertindak bermakna akan terdapat kehilangan nyawa di Gaza serta Tebing Barat dan yang paling teruk ialah martabat Al Aqsa yang suci akan musnah habis,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata selama lebih 70 tahun penduduk Palestin terpaksa berdepan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan dinafikan hak paling asas untuk meneruskan kehidupan.

Katanya penduduk Palestin telah dilayan seperti penjenayah hanya kerana mereka beragama Islam.

Mohd Azmi berkata tunjuk perasaan dan kebencian mendalam beberapa cendekiawan bukan Islam serta aktivis hak asasi manusia yang kini menzahirkan keberangan mereka dengan bertindak turun ke jalanan bagi membantah serangan pengecut Israel serta pembunuhan orang awam di Gaza telah memalukan pemimpin negara-negara Islam kerana gagal bertindak.

Katanya semoga hari pertama pada Syawal ini akan menjadi titik permulaan kepada kebangkitan dan menghidupkan semula semangat Ramadan-Badar umat Islam di seluruh dunia dalam mendepani musuh jahat ummah.

Ketika dihubungi, beliau turut melahirkan rasa kecewa atas sikap Amerika Syarikat yang menganggap serangan Israel terhadap Gaza sebagai ‘hak Israel untuk mempertahankan diri’. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia