web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Pengarang Malay Mail Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 May 2021 10:32AM

Datuk Wong Sai Wan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Malay Mail Datuk Wong Sai Wan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini, awal pagi tadi.

Mendiang berusia 59 tahun.

Perkara itu disahkan anak mendiang Wong Chee Mun ketika dihubungi Bernama.

Menurut Chee Mun, ayahnya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar, dimasukkan ke hospital itu kerana kurang sihat.

Menurut Chee Mun, mendiang bapanya disahkan meninggal dunia kira-kira 6 pagi tadi.

Selain Chee Mun, mendiang meninggalkan isteri, Loo Poh Ling dan anak perempuan Wong Yik Pen, 25.

Sai Wan memulakan kerjayanya sebagai wartawan dengan akhbar The Star pada awal 1980-an dan antara jawatan yang pernah disandangnya di akhbar itu ialah pewarta di Hong Kong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Malay Mail Joseph Raj berkata pemergian Wong akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka di Malay Mail.

“Beliau bukan sahaja Ketua Pengarang kami tetapi juga seorang kawan yang sentiasa bersedia membantu apabila kami memerlukan bimbingan dan pertolongan, baik dalam soal kerja mahupun berkaitan isu peribadi,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain berkata mendiang yang dikenalinya sekitar tahun 80-an merupakan seorang wartawan yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan bernas serta seorang editor yang bersungguh dalam membaiki kualiti kewartawanan negara.

Menurut Mokhtar, mendiang pernah membentangkan kertas kerja mengenai langkah yang boleh diambil Bernama untuk menjadi lebih berdaya saing sebagai penyedia kandungan kepada industri media di Malaysia.

Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad pula menyifatkan Sai Wan sebagai sahabat yang ramah, baik dan gemar berkongsi maklumat selain sering mengemukakan cadangan yang relevan di samping menghasilkan penulisan berkualiti.

Pendapat sama dikongsi wartawan veteran Datuk Seri Azman Ujang yang berkata Sai Wan sendiri merupakan epitome kewartawanan berkualiti, iaitu reputasi yang amat dijaga oleh mendiang dalam semua kerjanya hingga akhir hayat beliau.

“Beliau merupakan hasil didikan dunia media konservatif sebelum era media sosial serta merupakan pemandiri media cetak tegar hinggalah Malay Mail menyaksikan edisi cetak terakhirnya di bawah teraju mendiang pada 30 Nov 2018,” kata bekas pengerusi Bernama itu.

Sementara itu, wartawan The Star Nurbaiti Hamdan, 36, yang pertama kali bertemu Wong semasa menjalani latihan di akhbar tersebut pada awal 2008, menyifatkan mendiang sebagai seorang editor yang tegas namun baik, serta seorang yang tahu apa yang dikehendakinya daripada tugasan yang diberikan kepada wartawan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia