web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKRC SUKPA Diaktifkan Semula Petang Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 3:44PM

PKRC SUKPA sedia beroperasi petang ini. - Gambar ihsan APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 negeri yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), dekat Indera Mahkota, di sini, selewat-lewatnya petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman kepada Getaran.

Beliau berkata, pengoperasian semula PKRC SUKPA adalah bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus.

“Sebelum ini kita mempunyai dua pusat kuarantin (PKRC) beroperasi di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuantan yang menempatkan 228 pesakit dan Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT) di Bukit Tinggi dengan kapasiti semasa berjumlah 119 pesakit.

“Kedua PKRC itu sudah hampir mencapai kapasiti maksimum dan mesyuarat pagi tadi memutuskan mengenai keperluan untuk membuka semula PKRC di SUKPA sebagai persediaan bagi menempatkan pesakit menjalani proses kuarantin,” katanya.

Che Adam berkata, pembukaan PKRC SUKPA itu juga adalah bagi memberi keselesaan kepada pesakit, memandangkan kerajaan Pahang sudah menetapkan bahawa semua pusat kuarantin yang beroperasi perlu mengasingkan antara pesakit lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko tidak diingini.

Katanya, kerja mempersiapkan semua keperluan dan kelengkapan di PKRC SUKPA sudah dimulakan sejak pagi tadi dan dijangka bersedia menerima kemasukan pesakit lewat petang ini.

“Untuk kapasiti katil atau tempat bagi pusat kuarantin SUKPA, kita sediakan 250 tempat dan hanya pesakit lelaki sahaja dikuarantin di sini.

“Semua urusan lain termasuk penyediaan makanan dan keperluan lain untuk pesakit akan dilakukan semua agensi yang sudah diberikan tanggungjawab oleh kerajaan Pahang berdasarkan hasil (keputusan) mesyuarat Jawatankuasa Bencana negeri,” katanya. - Getaran, 14 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia