web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berusia 56 Tahun, Bernama Terus Komited Menjadi Sumber Berita Nombor 1 Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 9:53AM

Bernama menzahirkan keyakinan untuk menjadi organisasi berita yang lebih inovatif dalam menyalurkan informasi secara cepat dan efektif melalui perkhidmatan berita Wires, saluran televisyen dan radio serta platform digital. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komited untuk terus menjadi agensi berita nombor satu dalam industri media negara, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang berusia 56 tahun hari ini tekad memastikan ia kekal relevan dalam dunia penyaluran maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi digital. 

Menyambut ulang tahun ke-56 hari ini, Bernama menzahirkan keyakinan untuk menjadi organisasi berita yang lebih inovatif dalam menyalurkan informasi secara cepat dan efektif melalui perkhidmatan berita Wires, saluran televisyen dan radio serta platform digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin berkata Bernama mahu meningkatkan lagi usaha dan melakukan penambahbaikan selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan memenuhi kehendak masyarakat selama ini.

“Bernama, yang telah beroperasi lebih setengah abad dalam industri media, tidak ketinggalan meneroka pelbagai platform digital bagi memastikan ia terus diyakini dan menjadi sumber rujukan utama oleh semua pihak.

 “Ini penting kerana tuntutan masyarakat sekarang menjangkaui citarasa berbeza para era generasi baharu yang begitu mahir dengan kecanggihan teknologi maklumat,” katanya.

Roslan berkata sebagai agensi berita di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital, Bernama berharap dapat melebarkan lagi sayapnya ke seluruh dunia selain menjadi inspirasi kepada golongan muda yang bercita-cita menjadikan kewartawanan sebagai kerjaya.

Agensi berita tunggal negara itu, katanya mempunyai peranan besar dalam menyalurkan berita dan maklumat yang benar dan tepat seiring dengan fungsinya sebagai pembekal bahan kandungan.

Katanya Bernama yang tidak terkecuali daripada berdepan pelbagai cabaran berikutan perkembangan penggunaan media sosial, mestilah berupaya menggunakan media baharu itu sebagai satu platform penyaluran maklumat yang pantas dan jangkauan khalayak meluas.

Bernama ditubuhkan di bawah Akta Parlimen pada 6 April 1967 dan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 1967 sempena ulang tahun ke-10 kemerdekaan negara, dan agensi berita itu mula beroperasi pada 20 Mei 1968.

Sepanjang lebih lima dekad penubuhannya, Bernama telah berkhidmat berlandaskan objektif penubuhannya iaitu menyedia, menyebar luas berita dan maklumat secara tepat, adil dan saksama demi memelihara kepentingan nasional.

Bernama kini mempunyai hampir 1,000 petugas tetap, kontrak dan sambilan dalam teras perkhidmatan media pelbagai platform perkhidmatan serta petugas pengurusan, pentadbiran dan pemasaran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Semasa 7 bulan yang lalu

PEDi Dikenali Sebagai Nadi, Mulai 1 Mac - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia