web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 8:38PM

Dr Adina Kamarudin ketika menyampaikan taklimat kepada media Malaysia - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai lebih 5.5 juta umat Islam di Jerman menyambut ketibaan bulan suci Ramadan yang jatuh pada Isnin atau 11 Mac.

Anwar, yang dijangka tiba di sini pada 10 malam Ahad (5 pagi Isnin waktu Malaysia) bagi memulakan lawatan sulung beliau sebagai Perdana Menteri ke Jerman dan Kesatuan Eropah, akan turut terlibat dalam beberapa acara berkaitan Ramadan.

Menurut media tempatan, terdapat kira-kira 5.5 juta umat Islam menetap di Jerman, yang mewakili 6.6 peratus daripada populasinya dan merupakan kumpulan agama kedua terbesar di negara itu.

Duta Besar Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin pada Selasa berkata, Perdana Menteri akan mengadakan sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia di negara itu dan berbuka puasa bersama mereka.

Beliau berkata kira-kira 1,800 rakyat Malaysia yang menetap di negara itu berdaftar dengan Kedutaan Malaysia selain 1,060 pelajar yang melanjutkan pengajian di sini.

Selepas berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Anwar akan menyertai jemaah lain di Masjid Sehitlik menunaikan solat Isyak serta Tarawih.

Dr Adina berkata Perdana Menteri kemudian akan meluangkan masa beramah mesra dengan komuniti Islam terbabit.

Semasa berada di Berlin, Anwar juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau Canselor Olaf Scholz dan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Frank-Walter Steinmeier.

Selepas mengadakan pertemuan dengan kapten-kapten industri, Perdana Menteri akan berkunjung ke Hamburg bagi menghadiri Majlis Makan Malam Persahabatan Timur Asia ke-101 (Ostasiatisches Liebesmahl) yang dihoskan oleh Persatuan Perniagaan Asia Pasifik Jerman di mana beliau dijadual menyampaikan ucapan.

Beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid El Nour di Hamburg.

Sepanjang lawatan itu, Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Jerman adalah rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah sejak tahun 2000 manakala Malaysia merupakan rakan dagangan terbesar Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (AS$13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (AS$13.62 bilion) pada 2022. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 2 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 19 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 19 jam yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

oleh Wartawan Getaran