web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PNSB Sedia Pertimbang Rayuan Lanjut Masa Notis Pengosongan Tanah Di Bagan Lalang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 9:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Dakwaan berhubung pengusiran Orang Asli Suku Mah Meri di Bagan Lalang, Sepang dalam tajuk utama laporan sebuah portal berita hari ini adalah tidak tepat, demikian menurut Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Kenyataan PNSB hari ini memaklumkan pihaknya telah pun menjalankan rundingan melalui prosedur dan undang-undang sedia ada termasuk tatacara urus tadbir yang ditetapkan dalam penyediaan notis pengosongan tapak untuk diserahkan kepada pihak terbabit.

“Penyerahan notis berkenaan telah dilaksanakan tanpa sebarang bantahan pada 20 April 2021 dan disertai oleh pihak Pejabat Daerah/ Tanah Sepang (PDT Sepang), Polis Diraja Malaysia dan PNSB.

“Notis pengosongan tapak yang telah dikemukakan pada 20 April adalah lebih kepada pemakluman kepada penghuni yang terlibat berkenaan kedudukan binaan mereka yang telah memasuki tanah milik PNSB,” menurut kenyataan itu.

PNSB turut mengesahkan telah menerima surat rayuan daripada Batin Kampung Orang Asli Bukit Bangkong bertarikh 26 April yang memohon lanjutan masa pengosongan tapak.

“Berdasarkan kepada surat tersebut, PNSB terbuka dengan fasa perundingan yang terus berjalan dan bersedia mempertimbang rayuan pelanjutan masa pihak penduduk tersebut dengan mengambil kira pelbagai aspek semasa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia