web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sekretariat Diraja Perlu Ditubuh Demi Menjamin Kestabilan Politik, Ekonomi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 5:40PM

Sekretariat di bawah Majlis Raja-Raja perku ditubuhkan bagi menangani ketidakstabilan politik di negara ini yang memberi kesan secara langsung kepada kemelesetan ekonomi. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sekretariat di bawah Majlis Raja-Raja perku ditubuhkan bagi menangani ketidakstabilan politik di negara ini yang memberi kesan secara langsung kepada kemelesetan ekonomi.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Norali Nordin berkata, penubuhan sekretariat berkenaan juga dilihat mampu menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia yang sedang merasai bahang kemelesetan ekonomi, sekali gus meleraikan sengketa di antara parti politik.

"Ekonomi sesebuah negara menjadi kuat dengan adanya kestabilan politik, namun Malaysia pula semenjak tahun 2018 mengalami ketidaktentuan politik. 

"Perkara itu mengakibatkan persepsi pelabur kepada daya saing ekonomi negara kabur sekaligus melemahkan kekuatan matawang," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Tegas Norali, walaupun terdapat pakar ekonomi meramalkan bahawa kelemahan mata wang negara berlaku disebabkan faktor luaran namun, ia tidak mampu mengubah fakta bahawa faktor ketidakstabilan politik turut memainkan peranan sebagai faktor penyumbang.

"Hakikatnya, pelabur tidak akan membuat sebarang pelaburan ke sesebuah negara yang menukar kerajaan dua tiga kali di dalam satu penggal Parlimen tanpa melalui proses pilihan raya. 

"Di kala ini pun, kita sedang mendengar percubaan menukar kerajaan oleh pihak pembangkang tanpa melalui proses pilihanraya. Adakah ini suatu berita yang dialu-alukan oleh pelabur,” katanya.

Bagaimanapun, Norali berkata, cadangan itu bukanlah bertujuan bagi mengheret Institusi Raja-Raja Melayu ke kancah percaturan politik. 

Sebaliknya menurut beliau, platform berkenaan mampu menjadi kuasa pendamai antara kerajaan dan pembangkang demi kesejahteraan serta kemaslahatan seluruh rakyat. 

"GMP mencadangkan supaya mantan Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik mengetuai sekretariat berkenaan. 

"Ini kerana beliau berpengalaman luas di dalam bidang politik dan ekonomi, malah beliau juga mengenali kesemua figura ahli politik yang sedang bersengketa ketika ini," katanya. 

Tambahnya, sejarah telah membuktikan bahawa mantan Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak terlibat dalam sebarang persengketaan politik sejak 20 tahun lalu. 

"Pada masa sama, Tengku Razaleigh tidak terlibat di dalam sebarang skandal sepanjang karier sebagai seorang menteri dan ahli politik," katanya. - Getaran, 29 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Raya Terbaik Untuk Syarikat Pemula Niaga

2

Politik 1 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 1 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 2 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya