web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penuntut Malaysia Juara Pertandingan Pidato Umum Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 May 2021 10:25AM

Pavit Coran - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penuntut Malaysia Pavit Coran muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU) yang diadakan secara maya pada Jumaat lepas.

Pavit, 19, penuntut Universiti Multimedia kampus Melaka yang mewakili English Speaking Union of Malaysia (ESUM) itu menewaskan 35 lagi peserta dari 33 negara pada final, kata ESUM dalam kenyataan hari ini. 

Dalam ucapan selama lima minit itu, anak muda berkenaan bercakap tentang peningkatan jumlah mereka yang mengalami kemurungan di seluruh dunia dan menggesa masyarakat serta kerajaan memberi perhatian terhadap isu tersebut.

Pavit yang mengesa tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah itu, berkata beliau “amat gembira, bersyukur dan berasa diberkati” kerana beliau tidak percaya dapat mengalahkan begitu ramai peserta dan muncul juara.

“Walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding, penyertaan secara dalam talian itu memberi pengalaman baharu buat saya selain turut menghadapi masalah seperti sambungan Internet,” katanya.

Pemuda itu menyifatkan keseluruhan proses sebagai menarik kerana beliau dapat bertemu ramai peserta dari negara berbeza tanpa perlu meninggalkan rumahnya serta mendengar pembentangan tema yang sama daripada peserta lain.

Ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi anugerah Pemidato Terbaik pada kejohanan tahunan itu selepas Marina Tan pada 2011.

Pengerusi ESUM Tunku Dara Tan Sri Naquiah yang meluahkan rasa gembiranya atas kejayaan Pavit, berkata “anak muda itu memang berhak menang dan kemenangannya adalah untuk Malaysia”. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 tahun yang lalu

Tangkap Haruan Sambil Jalin Ukhuwah Kaki Pancing

2

TARA 2 tahun yang lalu

Viu Malaysia, Reka Teemor Cari Pasangan Bertuah, Taja Pakej Majlis Perkahwinan Impian Bernilai RM350,000

3

TARA 2 tahun yang lalu

Peminat Seni Fotografi Dipelawa Sertai Pertandingan Fotografi Warisan Sibu 2022

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Menangi Percutian Ke Korea Selatan Bersama Pelakon 'She Was Pretty' Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia