web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negara Dijangka Tidak Akan Berhadapan Krisis Bekalan Air Seperti 1998 - SPAN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 10:03AM

Bagi memastikan bekalan air baik dan teratur, SPAN sentiasa laksanakan pemantauan empangan utama di Semenanjung dan telah menyediakan pelan kesiapsiagaan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dan operator air - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air sepertI yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Azrul Raimee Ramli berpandangan sedemikian selepas mengambil kira laporan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) selain situasi fenomena pemanasan global pada masa kini.

“Apabila kita sebut krisis bekalan air ini bermakna tiada bekalan air kepada pengguna dalam tempoh yang panjang seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 akibat penyusutan beberapa empangan utama dalam negara.

“Berdasarkan pemantauan SPAN berhubung status semasa bagi 43 empangan air di seluruh negara, setakat ini mendapati hampir keseluruhan empangan berada pada paras melebihi 90 peratus dan hanya tujuh empangan yang sedang dipantau berikutan terdapat penurunan paras air hampir 50 peratus, namun ia tidak melebihi paras amaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai krisis bekalan air negara ketika musim panas pada program Ruang Bicara terbitan BernamaTV, semalam.

Menurutnya, tujuh empangan berkenaan ialah Empangan Timah-Tasoh, Perlis;  Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, Pulau Pinang; Empangan Sungai Muda, Empangan Maulud, Kedah; Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Sembrong, Johor. 

Pada masa yang sama, katanya, bagi memastikan bekalan air baik dan teratur, SPAN sentiasa laksanakan pemantauan empangan utama di Semenanjung dan telah menyediakan pelan kesiapsiagaan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dan operator air.

Mengulas sekiranya berlaku krisis bekalan air seperti  yang pernah terjadi pada 1998, Azrul berkata kerajaan boleh melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (A kta 655) bagi mengehadkan kadar penggunaan untuk kegunaan penting demi kelangsungan bekalan air.

“Selain itu, kita akan lihat pada keperluan untuk melaksanakan catuan bekalan air ataupun bekalan air berjadual... dalam situasi ini pihak operator air dan kerajaan negeri perlu bersama-sama untuk melaksanakan catuan air.

“Kita harap ia tidak berlaku, sekiranya berlaku seperti tahun 1998, untuk memastikan bekalan air di empangan dan sungai kita bertahan lebih lama, ia mungkin keperluan terakhir,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Sedia Laksana Pemadanan Kebakaran Berskala Besar, Pembenihan Awan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia