web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMS Hargai Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air - Naib Canselor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 7:27AM

UMS akan menggunakan peruntukan RM3 juta, seperti diumum Anwar pada Rabu lepas dalam mengatasi masalah bekalan air di universiti itu, bagi melaksanakan projek penggerudian air bawah tanah dan pusat rawatan air. - Gambar Facebook UMS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menggunakan peruntukan RM3 juta, seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas dalam mengatasi masalah bekalan air di universiti itu, bagi melaksanakan projek penggerudian air bawah tanah dan pusat rawatan air.

Menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam isu itu, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata masalah air di universiti tersebut sejak beberapa bulan ini membelenggu kesejahteraan hidup warga kampus terutama mahasiswa dan mahasiswi.

“Pihak UMS amat berbesar hati dan sangat gembira dengan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri berikutan masalah air yang meruncing di universiti ini.

“Perdana Menteri peka mengenai masalah air, elektrik dan keadaan jalan raya yang daif yang dihadapi rakyat Sabah,” katanya melalui kenyataan di sini semalam.

Kasim berkata rancangan Kerajaan Perpaduan mewujudkan negara MADANI perlu melibatkan semua lapisan masyarakat dari setiap wilayah dan suku kaum agar mereka berasa bahawa mereka juga sebahagian daripada penduduk Malaysia tanpa rasa terpinggir.

“Para pemimpin perlu menyantuni dan memberi keadilan supaya pembangunan serta pembelaan itu lebih adil dan dirasai semua pihak,” katanya.

Anwar yang mengumumkan perkara itu dalam program Temu Anwar di universiti berkenaan berkata meskipun negara berdepan dengan keterhutangan sebanyak RM1.5 trillion, beliau tidak mahu mahasiswa UMS menghadapi kesukaran menjalani kehidupan ketika menimba ilmu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

3

Politik 7 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

4

Sukan 8 bulan yang lalu

FAM Dapat 'Durian Runtuh', Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia