web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


FAM Dapat 'Durian Runtuh', Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

Sukan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 4:13PM

Pasukan Harimau Malaya bergambar bersama selepas seri 3-3 dengan Korea Selatan dalam perlawanan akhir Kumpulan E, Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub Doha, Qatar semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini bersetuju menyalurkan peruntukan RM5 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengurus serta meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan berkenaan disalurkan dengan mengambil kira semangat juang tinggi pasukan Harimau Malaya pada saingan Piala Asia 2023, lebih-lebih lagi dengan kejayaan mengikat gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan, 3-3. pada perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub Doha, Qatar semalam.

"Satu pertarungan hebat, Harimau Malaya menunjukkan keupayaan, kesungguhan, semangat mereka tidak lusuh, walaupun setelah kalah dalam dua pertarungan (menentang Jordan dan Bahrain), tapi nampak mereka menunjukkan perlawanan yang sangat menakjubkan dan hebat bertarung dengan satu pasukan kuat Korea Selatan.

"Jadi, saya ucapkan tahniah kepada mereka, mara terus dan kerana (Harimau Malaya) menunjukkan semangat sedemikian dan atas pertimbangan Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh), kerajaan telah bersetuju luluskan RM5 juta kepada FAM supaya dapat mengurus pasukan bola dan meningkatkan keupayaan mereka," katanya kepada pemberita sebelum menyertai sesi makan tengah hari di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Anwar juga mengumumkan bahawa dana berkenaan akan disalurkan dengan kadar segera untuk kegunaan badan induk yang memayungi bola sepak negara itu.

Sebagai rekod, perlawanan itu adalah pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait apabila bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989.

Walaupun seri dengan Korea Selatan, hasrat Malaysia untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik pada Piala Asia 2023 tidak kesampaian selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan E, masing-masing tumpas 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain, sekali gus menduduki tempat terakhir dengan mengumpul satu mata. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 20 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan