web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Media Israel Perlu Bersuara Tentang Kezaliman Zionis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 4:34PM

Sebuah penggali membersihkan runtuhan bangunan yang musnah di daerah Rimal, Kota Gaza pada 16 Mei. - Gambar AFP

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Media Israel digesa turut bersuara menentang kekejaman yang telah dilalui rakyat Palestin sejak tujuh dekad lalu, serta hak mereka untuk hidup dengan aman.

Gabungan wartawan veteran Malaysia berkata, media Israel perlu melaporkan kebenaran yang terbentang, termasuk hak asasi penduduk Palestin untuk hidup dengan aman.

“Kami menyeru para wartawan Israel untuk menjadi suara hati nurani kepada negara mereka. Apa yang terjadi sekarang ini bukanlah semata-mata kerana hak Israel untuk wujud sahaja.

“Kekejaman dilakukan Zionis amat keterlaluan dan melampaui batas kemanusiaan,” kata gabungan berkenaan dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani bersama Tan Sri Johan Jaafar, Datuk Seri Wong Chun Wai, Datuk Hushamuddin Yaakub, Datuk A Kadir Jasin, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Dr  Chamil Wariya, Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Datuk Ahiruddin Attan.

Pengeboman serta keganasan terbaru di Palestin telah bermula sejak seminggu yang lalu, membabitkan kematian seramai 149 rakyat Palestin, termasuk 41 kanak-kanak, dan 950 orang yang dilaporkan tercedera.

Semalam Israel turut membedil sebuah kem pelarian Gaza dan juga bangunan Al-Jalas yang menempatkan pejabat organisasi media Associated Press dan Al-Jazeera dengan peluru berpandu.

“Kami mengutuk serangan ke atas pejabat organisasi media di Gaza. Tindakan tentera Israel yang berani membedil pejabat petugas media adalah satu perkara yang tidak patut berlaku dalam era ini.

“Kemarahan terhadap serangan ini bukan sahaja terhenti di Gaza malah ia turut bergema di Israel dan juga satu dunia. Ia adalah tindakan keganasan yang perlu dikutuk oleh negara-negara lain dan juga golongan masyarakat sivil,” tegas mereka.

Mereka juga turut menggesa kerajaan Israel untuk menghentikan serangan ke atas Palestin khususnya di Gaza, dan menyifatkan keganasan ketenteraan berlarutan itu sebagai satu “pertunjukan kekuatan yang bongkak”.

“Kami kesal kerana sehingga sekarang, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih belum mengeluarkan sebarang resolusi untuk menangani isu ini,” tambah kenyataan tersebut.

Semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam satu perutusan khas, berikrar untuk terus membedil Gaza selama mana diperlukan. - Getaran, 16 Mei, 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia