web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kurang Kemahuan Politik Tangani Penderitaan Palestin Bukan Lagi Alasan - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 6:04PM

Hishammuddin Hussein - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika semakin banyak rumah dirobohkan, jumlah kematian semakin meningkat serta penduduk Palestin kian menderita, ‘kekurangan keazaman politik’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak lagi boleh dijadikan alasan membiarkan kekejaman Israel berterusan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jelas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas rakyat Palestin perlu dihentikan, kekebalan Israel yang terus melakukan kekejaman dahsyat perlu ditamatkan dan Israel selaku pelaku jenayah terburuk ini mesti dipertanggungjawabkan.

“Tanpa kita sedar, kita dalam keadaan amat memalukan kerana seakan-akan menggalakkan Kuasa Penakluk disebabkan kegagalan kita bertindak. Malaysia berdiri di atas pentas hari ini untuk turut sama menyuarakan pendirian tegas kepada semua bagi menggesa supaya tindakan segera diambil bagi menyelamatkan keadaan di sana,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang video tergempar peringkat menteri luar Jawatankuasa Eksekutif OIC, hari ini.

Teks ucapannya yang menyenaraikan enam cadangan kepada OIC dalam menangani penderitaan rakyat Palestin diedarkan kepada media selepas mesyuarat itu.

Katanya, ketika Malaysia dengan tegas dan secara terbuka menuntut Israel menghentikan keganasan dan serangan ke atas Palestin, masyarakat antarabangsa tidak boleh terus memilih untuk berdiam diri dan tidak menghiraukan kezaliman yang dilakukan Israel.

“Adalah satu penghinaan apabila negara lain bersuara dan bercakap mengenai hak Israel untuk mempertahankan diri dan pada masa sama tiada sebarang suara yang memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri ketika mereka disembelih atau dijajah lebih 50 tahun,” katanya.

Malaysia sentiasa dan secara konsisten mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel ke atas orang awam Palestin dan mereka yang beribadat di Masjidil Aqsa, semua bentuk pengusiran penduduk Palestin dari rumah mereka serta serangan udara berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak minggu lalu, katanya.

Kezaliman, kekejaman, serangan yang berlebih-lebihan dan melampau Israel ini jelas mencabuli semua undang-undang antarabangsa, malah perlakuan ini melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta fasal jenayah perang dalam Konvensyen Geneva Keempat 1949.

Hishammuddin membentangkan enam cadangan Malaysia untuk OIC dimulai dengan mendesak Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengaku kegagalannya dan mengambil tanggungjawab mengekalkan keamanan dan keselamatan serta Israel dipaksa supaya patuh sepenuhnya semua tanggungjawabnya seperti yang sudah ditetapkan UNSC.

Kedua, dalam memastikan keselamatan rakyat Palestin, OIC perlu menggesa PBB menyediakan perlindungan antarabangsa di semua wilayah yang diduduki, sejajar dengan prinsip undang-undang antarabangsa, terutama Konvensyen Geneva dan memastikan pertanggungjawaban ke atas semua pihak yang terbabit dalam konflik ini.

Ketiga, masyarakat antarabangsa terutama negara anggota OIC perlu benar-benar memberikan tekanan terhadap Israel pada semua bidang, termasuk saluran perundangan, politik dan ekonomi.

Menerusi saluran ini, Malaysia sudah bekerjasama dengan Indonesia dan Brunei untuk mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk serangan Israel ke atas Palestin.

Keempat, negara anggota OIC perlu mendesak masyarakat sivil seluruh dunia untuk meneruskan perjuangan mereka bagi menuntut pertanggungjawaban dan mengetengahkan pencabulan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang hak asasi dan kemanusiaan di wilayah Palestin yang diduduki.

Kelima, sambil menangani krisis semasa, komuniti antarabangsa perlu terus mencari penyelesaian muktamad terhadap konflik ini, termasuk segera menangani punca sebenar konflik serta kembali kepada proses damai hakiki ke arah menamatkan pendudukan Israel.

Keenam, Malaysia menekankan kepentingan semua negara anggota OIC untuk terus bersatu dalam mendokong perjuangan Palestin kerana tanpa perpaduan, Ummah Islam akan terhumban ke arah perpecahan.

Hishammuddin berkata, keamanan dirantau itu tidak akan dapat dicapai tanpa kewujudan sebuah negara Palestin merdeka, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Ini adalah penyelesaian tunggal terhadap konflik Israel-Palestin.

“Oleh itu, saya yakin dan percaya bahawa OIC mesti terus memainkan peranan penting untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi melindungi Palestin daripada perlakuan kejam Israel,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia