web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beberapa Masjid, Surau Di Selangor Dikesan Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 8:04AM

Tidak memakai pelitup muka antara pelanggaran SOP yang dikesan JAIS di beberapa masjid dan surau di Selangor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati beberapa masjid dan surau di negeri ini melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ia masih berlaku.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia termasuk bilangan jemaah yang melebihi had dibenarkan, individu tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal sepanjang berada di masjid dan surau.

“JAIS mengambil sikap memberi nasihat dan teguran secara baik pada peringkat ini. Bagaimanapun, tindakan yang tegas akan dilakukan sekiranya pelanggaran SOP masih berlaku pada siri pemantauan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan umat Islam di Selangor supaya tidak membuat perbandingan terhadap langkah diambil JAIS dengan negeri-negeri lain kerana situasi dan latar belakang penularan adalah berbeza bagi setiap negeri.

Katanya JAIS berharap umat Islam dapat menghadapi situasi semasa dengan bermuhasabah dan  merenung kembali peranan masing-masing sebagai jemaah masjid dan surau. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia