web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MARA Bantu Remaja Perlis Cemerlang SPM, Kegigihan Nur Alia Menyentuh Hati 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 3:02PM

Nur Alia Maisarah Abdullah - Gambar Facebook SMKGN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perlis dan Penganjuran Pendidikan MARA sudah diarahkan untuk bertemu dan membantu Nur Alia Maisarah Abdullah yang memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kegigihan dan kecekalan Nur Alia menimba ilmu walau dalam keadaan serba kekurangan benar-benar menyentuh hati.

Menurut beliau, bantuan melalui skim penganjuran pelajaran sedia ada diharapkan berupaya meringankan beban keluarga remaja berkenaan,  sekali gus membantu merealisasikan impian beliau.

“Beliau yang mengambil keputusan berkenaan di sekolah dan terus ke ladang getah untuk memaklumkan kepada bapanya yang sedang menoreh, menggambarkan betapa tingginya akal budi pekerti dan nilai akhlak terhadap ibu bapa.

“Tekad dan kesungguhan Alia untuk berjaya dalam pelajaran walaupun berhadapan dengan cabaran hidup wajar meniadi ikutan anak-anak muda di luar sana,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Asyraf Wajdi menyatakan demikian sebagai mengulas kisah Nur Alia yang datang mencari bapanya di ladang getah untuk menunjukkan keputusan cemerlang diperoleh.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka di Perlis itu memberitahu, hidup dalam serba kekurangan tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam pelajaran.

Jelasnya, usaha gigih tanpa mengenal erti putus asa itu akhirnya membawa kejayaan apabila berjaya memperoleh keputusan 9A untuk kesemua sembilan subjek yang diambil ketika SPM.

Sementara itu, Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, kemiskinan dan kekangan hidup yang pelbagai tidak harus menjadi penghalang untuk sesiapa sahaja menuntut ilmu. 

“Saya amat percaya bahawa ilmu sahaja yang dapat merubah kehidupan seseorang. 

“MARA sedia membantu,” katanya.

Seramai 10,109 atau 2.7 peratus daripada 373,974 calon SPM 2022 memperoleh keputusan semua A baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula lulus dengan sekurang-kurangnya kepujian.

Menurut beliau, jumlah calon yang memperoleh keputusan lulus turut menunjukkan peningkatan iaitu 128,193 atau 34.3 peratus, berbanding 129,796 atau 34.0 pada tahun 2021. - Getaran, 10 Jun 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Promosi Produk Tempatan Di Pasaran Antarabangsa Secara Kolektif, Berstruktur

2

Pendidikan 9 bulan yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

3

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

4

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Calon SPM Terjejas Banjir, KPM Ikut Garis Panduan Sedia Ada - Fadhlina

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia