web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Promosi Produk Tempatan Di Pasaran Antarabangsa Secara Kolektif, Berstruktur

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 8:20AM

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah, belakang) bergambar bersama orang ramai yang mengunjungi MoodaFest 2024 yang bertemakan 'Back To School' di Rumah Tangsi, semalam. gambar FB Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Kerajaan berusaha untuk mempromosikan produk tempatan di pasaran antarabangsa secara kolektif dan berstruktur, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai produk tempatan, terutama yang dihasilkan usahawan muda yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa, namun ia perlu dipromosikan secara berterusan oleh kerajaan.

"Pada hemat saya galakan ini mesti berstruktur, bukan secara hangat hangat tahi ayam sahaja.

"Kita tahu dalam kalangan anak muda ini mempunyai kekangan dan (dengan) rangkaian antarabangsa KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan MARA (Majlis Amanah Rakyat) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kita akan bantu mereka bersama Persatuan Francais Malaysia dan lain-lain badan bukan kerajaan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan MoodaFest 2024 di Rumah Tangsi di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata MARA, akan memilih produk berpotensi yang dihasilkan lebih 500,000 usahawan berdaftar di bawah agensi itu serta Kreatif Malaya, untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa.

"Penghasilan produk ini juga akan dibantu bukan sahaja dari segi pembiayaan, tetapi juga dari segi mewujudkan pasaran antarabangsa," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

MARA Teliti Keperluan Naikkan Kadar Biasiswa

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan JPA Dalam, Luar Negara Ditambah – Anwar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MARA Bantu Remaja Perlis Cemerlang SPM, Kegigihan Nur Alia Menyentuh Hati 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bantu Doktor Kontrak Buka Klinik: ‘Tawaran MARA Menarik Tapi Berisiko Muflis’

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 19 jam yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 11 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 18 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah