web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan JPA Dalam, Luar Negara Ditambah – Anwar

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 6:07PM

Kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara, mengikut peringkat pengajian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), membabitkan penerima bagi peringkat persediaan hingga ijazah lanjutan di dalam dan luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelajar tajaan JPA di luar negara akan menerima kenaikan 15 peratus kadar ESH, kecuali kepada pelajar ijazah pertama di United Kingdom (UK) kerana ia sudah dinaikkan pada 7 November tahun lalu.

Katanya, kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara, mengikut peringkat pengajian.

“Kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan, mulai Julai ini.

“Ia akan memanfaatkan 43,595 pelajar tajaan JPA,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kenaikan kadar ESH itu adalah satu daripada usaha kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup tinggi, khususnya pelajar B40 yang tinggal di bandar besar.

“Inisiatif semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian.

“Perkara ini juga bagi memastikan penawaran penajaan kerajaan adalah kekal releven dan berprestij,” katanya.

Pada April tahun lalu, Berita Harian melaporkan, JPA dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang merancang mengkaji semula sistem ESH untuk penuntut luar negara berdasarkan zon digunapakai ketika itu, bagi menggunakan sistem ESH yang seragam.

Setakat tempoh itu, ESH pelajar tajaan JPA di United Kingdom (UK) dan Ireland dibayar berdasarkan zon, iaitu £800 (RM4,379) dan £1,045 (RM5,720).

Ia berdasarkan kepada semakan pada 2012 dan pengurusan JPA mungkin menggunakan nilai ESH sama.

Cadangan itu dibuat susulan keluhan pelajar tajaan JPA dan MARA berhubung ESH yang tidak berubah sejak 2012, sedangkan kos sara hidup mereka semakin meningkat. – Getaran, 13 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia