web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MARA Teliti Keperluan Naikkan Kadar Biasiswa

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 3:03PM

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan meneliti keperluan menaikkan kadar biasiswa pendidikan di bawah tajaannya dalam usaha mendepani cabaran ekonomi semasa serta peningkatan kos sara hidup.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua aspek termasuk kemampuan kewangan negara juga perlu dinilai secara terperinci sebelum sebarang keputusan berkaitan kadar baharu biasiswa itu dilaksanakan.

"Setakat ini kita meneliti secara dekat, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dalam lawatan ke UK (United Kingdom) dan Jerman baru-baru ini, beliau telah mengarahkan kepada saya dan MARA untuk menilai perkara ini secara serius.

"... ini semua harus dinilai secara teliti dan mempunyai kesan kewangan, peruntukan (untuk biasiswa) itu datang dari kantung negara juga," katanya selepas merasmikan Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-PETRONAS (PUMP) di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita sama ada MARA akan menaikkan kadar biasiswa untuk pelajar selari dengan cabaran ekonomi semasa dan kos sara hidup yang dihadapi dalam kalangan rakyat pada masa ini.

Asyraf Wajdi berkata, Timbalan Perdana Menteri sememangnya menunjukkan keprihatinan beliau terhadap isu berkenaan dan kerajaan berusaha mencari langkah penyelesaian berkesan.

Dalam pada itu, beliau berkata, MARA memperuntukkan dana berjumlah RM12.65 juta bagi membiayai 21 usahawan yang membuka 29 pusat servis di bawah PUMP dengan membuka lebih 200 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Dalam tempoh dua tahun ini, usahawan di bawah program PUMP ini telah mencapai nilai jualan melebihi RM35 juta.... tiga lagi outlet (pusat servis) akan dibuka di Terengganu selepas Perlis ini," katanya.

Menurut Asyraf Wajid, pihaknya menyasarkan sebanyak 100 pusat servis menerusi PUMP dibuka pada tahun hadapan.

PUMP yang dilaksanakan pada 2021 adalah program kerjasama antara MARA dengan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, dalam usaha membangunkan komuniti usahawan automotif yang dinamik dan kompeten melalui peningkatan imej serta susun atur bengkel yang menepati piawaian industri, sekali gus mampu menjadi pesaing lebih baik di pasaran.

Di Perlis, Nasr Utara Automotif Sdn Bhd adalah pusat servis pertama diperkenalkan menerusi PUMP. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan Promosi Produk Tempatan Di Pasaran Antarabangsa Secara Kolektif, Berstruktur

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

KPT Nafi Syarat Ketat Pinjaman, Biasiswa Faktor Lepasan SPM Tidak Lanjut Ke IPT

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan JPA Dalam, Luar Negara Ditambah – Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MARA Bantu Remaja Perlis Cemerlang SPM, Kegigihan Nur Alia Menyentuh Hati 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 1 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 19 jam yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran