web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Manipulasi Kes Tanah Rizab PDRM, Ia Sah Milik Gereja

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 3:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak diseru untuk tidak memanipulasikan isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kamunting, Perak, sehingga boleh mengelirukan masyarakat.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, tiada unsur penipuan berlaku terhadap status pemilikan tanah rizab itu.

"PDRM telah selesai membuat siasatan ke atas kes pemilikan tanah rizab itu yang merupakan berek kelamin dan rumah ketua polis balai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kepada sebuah organisasi gereja.

"Hasil siasatan mendapati tiada unsur penipuan terhadap status tanah rizab tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Noorsiah berkata, siasatan status tanah telah membuktikan lot 784 terbabit adalah milik Titular Roman Catholic Bishop of Malacca (TTRCBM) sejak tahun 1883. 

"Laporan polis yang dibuat oleh IPD Taiping sebelum ini adalah bertujuan mengenal pasti status pemilikan tanah. 

"PDRM berharap orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau memanipulasi isu berkenaan sehingga boleh mengelirukan orang ramai," katanya. 

Sebelum ini, media melaporkan, kuarters dan rumah Ketua Balai Polis Kamunting di atas tanah seluas 0.55 hektar di Lot 784 di Kamunting, Taiping dikosongkan untuk tindakan perobohan susulan isu tuntutan pemilikan tanah berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ia berdasarkan laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) berikutan tuntutan hak milik tanah itu oleh sebuah gereja di Melaka, iaitu TTRCBM.

Katanya, polis sebelum ini sudah menerima pemakluman daripada TTRCBM pada 15 April 2021 yang menyatakan lot tanah itu adalah hak milik mereka.

Menurut Mohd Yusri, satu laporan polis kemudian dibuat di IPD Taiping berhubung kes tukar hak milik lot itu dengan siasatan dijalankan sejurus menerima makluman.

Khamis lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat dipetik sebagai berkata, Pengarah Pendakwaan Negeri Perak memutuskan kes penukaran hak milik tanah rizab PDRM di Kamunting itu kepada sebuah organisasi gereja di Melaka diklasifikasikan sebagai NFA.

Menurut beliau, siasatan polis tidak dapat membuktikan wujud unsur penipuan dalam kes berkenaan. - Getaran, 10 Jun 2023.






 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Sukan 23 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Sukan 1 hari yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

Sukan 19 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar