web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelantan Tambah PKRC Jika Kes Melonjak 500 Sehari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 5:43PM

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob (kiri) memantau alat perubatan di PKRC Gelanggang Seni, Kota Bharu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kelantan akan menambah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) sekiranya kes positif COVID-19 harian meningkat kepada 500 sehari.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob berkata, setakat ini Kelantan mempunyai 10 PKRC yang masih mampu menampung jumlah pesakit sedia ada.

Katanya, PKRC tambahan akan dibuka jika kes COVID-19 melonjak kepada 500 sehari untuk tempoh seminggu berturut-turut.

"Perancangan untuk buka PKRC sentiasa dibincangkan. Kalau ada keperluan, kita perlu mengambil tindakan bersesuaian termasuk membuka PKRC baharu yang kita cadangkan lokasi di Padang Perdana.

"Jika pesakit COVID-19 kekal pada angka 300 sehingga 400 kes sehari, jumlah PKRC yang ada masih cukup memandangkan purata pesakit discaj ialah antara 100 sehingga 150 pesakit setiap hari,” katanya selepas melawat PKRC Gelanggang Seni di sini, hari ini.

Beliau berkata, masih ada ruang untuk pesakit baharu masuk ke PKRC yang sedia ada.

Mengulas lanjut Dr Mohd Azman, status PKRC di Gelanggang Seni akan diubah kepada hospital medan sekiranya kes COVID-19 di negeri itu berterusan meningkat.

Katanya, PKRC khas Gelanggang Seni dapat memuatkan 126 pesakit kategori satu dan dua serta 30 pesakit kategori tiga yang akan mula beroperasi hari ini.

"PKRC berkenaan dilengkapi dengan katil perubatan dan alat-alat kelengkapan bekalan oksigen mudah alih, mesin elektrokardiogram (ECG) dan kelengkapan perubatan lain.

"Terdapat dua pasukan perubatan akan ditempatkan di PKRC itu untuk memantau pesakit katil biasa manakala satu pasukan lagi akan memantau pesakit kategori tiga," katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Azman berkata, seorang pesakit lelaki berusia 30-an cuba melarikan diri dari sebuah PKRC sebelum Aidilfitri lalu.

Katanya, lelaki itu cuba meninggalkan PKRC berkenaan, namun sempat ditahan oleh anggota bertugas.

"Kita sentiasa membuat pemantauan bagi mengelakkan pesakit melarikan diri kerana mereka boleh diambil tindakan tegas mengikut Seksyen 24 (a) yang membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. – Getaran, 17 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia