web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seorang Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Makkah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 1:44PM

Seorang jemaah haji berusia 57 tahun meninggal dunia di sini pada 11.50 malam, 4 Jun lepas akibat kegagalan jantung. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Seorang jemaah haji berusia 57 tahun meninggal dunia di sini pada 11.50 malam, 4 Jun lepas akibat kegagalan jantung.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang memaklumkan perkara berkenaan berkata wanita berasal dari Raub, Pahang itu meninggal dunia di Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) di sini.

"Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjidil Haram selepas solat zuhur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syariee, Makkah,” katanya dalam sidang media perkembangan operasi haji di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah di sini.

Beliau berkata pihak kaunselor TH telah melawat suami Allahyarham yang juga berada di Makkah untuk menunaikan haji, selain TH akan menguruskan badal haji untuk Allahyarham.

Selain itu, Syed Saleh berkata ketika ini, 37 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah manakala 10 lagi di Hospital Arab Saudi kerana mengalami masalah pernafasan dan jantung, jangkitan paru-paru, gangguan emosi, sakit kulit, sakit otot dan sendi.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 22,800 atau hampir 72 peratus daripada 31,600 jemaah haji negara telah berada di Makkah sehingga hari ini.

Dalam perkembangan lain, Malaysia menjadi negara pertama yang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) di bangunan penginapan jemaah haji.

Syed Saleh yang merasmikan ATM Alinma Bank di Abraj Janadriyyah di sini berkata ia bakal memberikan kemudahan kepada 8,000 jemaah haji Malaysia di bangunan itu dan lokasi sekitar.

Beliau berkata perkhidmatan kali pertama disediakan hasil rundingan TH dengan Alinma Bank dan Saudi Central Bank itu bagi memudahkan jemaah haji  membuat pengeluaran wang tanpa perlu berjalan jauh mencari mesin ATM di kawasan lain.

Katanya, TH akan meneruskan usaha bagi membolehkan perkhidmatan itu disediakan di bangunan-bangunan penginapan lain untuk kemudahan jemaah haji negara.

Menurutnya,TH dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga telah bersetuju untuk setiap transaksi, fi ditanggung BIMB bagi semua jemaah haji Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia