web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Kelantan Kurnia Sumbangan Untuk Palestin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 7:01PM

Ahmad Yakob menerima kurniaan sumbangan RM300,000 daripada Sultan Muhammad V yang disampaikan Tengku Azmi Tengku Jaafar (dua dari kanan).

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan RM300,000 kepada rakyat Palestin.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kurniaan Sultan Muhammad V itu bagi menzahirkan tanda solidariti baginda terhadap rakyat Palestin akibat kezaliman Zionis Israel. 

Beliau berkata, kurniaan itu diserahkan melalui Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah).

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V mengampuni perkenan untuk mengurniakan RM300,000 kepada rakyat Palestin.

"Kurniaan itu bagi menzahirkan tanda solidariti baginda terhadap rakyat Palestin akibat kezaliman Zionis Israel," katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.

Penyerahan kurniaan itu disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar, sambil disaksikan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Setiausaha Sulit Kanan Kepada KDYMM Sultan Muhammad V, Datuk Nik Shafriman Nik Hassan.

Ahmad dalam hantaran berkenaan turut menjunjung kasih di atas perkenan kurnia baginda dan menyifatkan ia sebagai simbol keprihatinan, kebersamaan dan solidariti Sultan Muhammad terhadap situasi getir dialami Palestin ketika ini.

Dalam perkembangan lain, seramai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS negeri itu bersetuju membuat potongan elaun masing-masing selama sebulan, berjumlah RM7,000 setiap satu dengan jumlah keseluruhan RM168,000.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Datuk Hassan Mahamood berkata, semua ADUN berkenaan sepakat membuat potongan itu sebagai satu usaha membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.

"Sumbangan ini, dibuat dalam dua fasa iaitu pertama, membabitkan pungutan derma semua wakil rakyat dalam mesyuarat hari ini yang berjaya menghasilkan RM100,000 dan ia akan diserahkan kepada Menteri Besar sebelum 19 Mei ini.

“Fasa kedua, kita akan buat potongan terus daripada elaun ADUN masing-masing sebanyak RM7,000," katanya dalam sidang media di Kota Darulnaim di sini, hari ini. – Getaran, 17 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia