web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konteks Penting Hilang: Jocelyn Pertahan Komedi MH370

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 3:41PM

Jocelyn Chia - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelawak Jocelyn Chia mempertahankan lawak yang dibuatnya mengenai MH370, dengan mengatakan ia perlu difahami "secara keseluruhan" seperti yang dipersembahkan dalam sketsa komedinya.

Dalam kenyataan kepada CNN mengenai kekecohan yang timbul susulan klip video persembahannya di sebuah kelab komedi di Manhattan, Chia berkata, "apabila direnungkan", dia kini dapat melihat bahawa "klip yang dilihat daripada konteks kelab komedi adalah berisiko”.

Dia juga berkata, rutinnya telah dipersembahkan "lebih seratus kali" sebelum jenaka tertentu itu digunakan sebagai klip pendek untuk media sosial, menyebabkan "beberapa konteks yang diperlukan" terlepas.

"Saya memang berpegang pada jenaka saya tetapi dengan kaveat. Saya mempertahankannya secara keseluruhan, apabila dilihat dalam kelab komedi," katanya dipetik CNN.

Chia menambah, dia tidak menyimpan dendam terhadap Malaysia, dan adalah perkara biasa bagi pelawak untuk menyindir penonton mereka secara langsung.

Baru-baru ini, klip persembahan Chia tular di media sosial, di mana dia mengejek kehilangan pesawat MH370 dengan mengatakan pesawat Malaysia tidak mendarat, sambil turut menilai Malaysia dan memberitahu seorang penonton Malaysia untuk "f**k off".

Selepas menerima kecaman daripada rakyat Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon memohon maaf di atas jenaka Chia yang menguris hati dan mengesahkan wanita itu bukan lagi warganegara republik berkenaan.

Pelbagai pihak termasuk pelawak tempatan dan juga pemimpin politik mengkritik Chia, dengan Pemuda UMNO mengadakan protes di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) membantah perbuatannya itu.  

Hari ini, Bernama menerusi ciapan di Twitter memaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sedang memohon kerjasama Interpol untuk mendapatkan identiti penuh Chia dan lokasi keberadaannya ketika ini. - The Vibes, 13 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

PM Ingatkan Supaya Tidak Letak Harapan Tinggi Dalam Pencarian MH370

2

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PUSPAL Tidak Terima Permohonan Penganjuran Program 'Apology Tour' Libatkan Jocelyn Chia, Chrissie Mayr

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Johor Terima 2 Laporan Berkaitan Jocelyn Chia

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 2 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar