web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Ingatkan Supaya Tidak Letak Harapan Tinggi Dalam Pencarian MH370

Luar Negara Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 1:15PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HAMBURG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan supaya harapan tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahun lalu, setelah sebuah syarikat robotik moden menyatakan kesediaan untuk meneruskan pencarian pesawat itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seramai 239 orang, termasuk lebih 150 warga China dan 50 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat itu apabila ia hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dalam apa yang dianggap sebagai satu daripada misteri paling menghantui dunia penerbangan.

Beberapa hari sebelum ulang tahun ke-10 tragedi MH370 bulan ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa pencarian baharu untuk serpihan pesawat itu akan
dilancarkan oleh firma Amerika Syarikat, Ocean Infinity.

Anwar berkata, keputusan mungkin akan diambil dalam beberapa minggu akan datang, selepas menyemak cadangan oleh syarikat yang berpangkalan di Texas itu.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa waris penumpang yang hilang tidak seharusnya terlalu mengharapkan sebarang kejayaan.

"Saya tidak mahu memberi mereka harapan palsu bahawa kita boleh mendapatkan jawapan," kata Anwar kepada dpa semasa lawatan ke Jerman.

"Tetapi saya mahu meyakinkan mereka bahawa kita sedang melakukan segala yang mungkin," tambahnya walaupun ia akhirnya menelan belanja 'dana yang besar'.

Perdana Menteri yang juga Ketua Pembangkang pada tahun 2014, berkata beliau sendiri terkejut dengan kehilangan pesawat itu.

"Saya tidak faham pada zaman ini, bagaimana fasiliti logam yang besar seperti itu boleh hilang begitu sahaja," kata Anwar. - BERNAMA-dpa

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Konteks Penting Hilang: Jocelyn Pertahan Komedi MH370

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Luar Kecam Tindakan Jocelyn Chia, ‘Langsung Tiada Sensitiviti’

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dokumentari MH370: Netflix Terima Kecaman Daripada Netizen Kerana Misteri MH370 Belum Selesai 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka