web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dokumentari MH370: Netflix Terima Kecaman Daripada Netizen Kerana Misteri MH370 Belum Selesai 

Sebahagian komen pengguna media sosial yang berpendapat naskhah arahan Louise Malkinson tersebut tidak memberi penyelesaian terhadap misteri kehilangan MH370.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:00PM

Walaupun tarikh tayangan dokumentari ‘MH370: The Plane That Disappeared’ telah diumumkan, namun penonton sudah mula mempamerkan pelbagai reaksi yang tidak enak. - Gambar Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada tanggal 8 Mac nanti, genaplah sembilan tahun berlakunya tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam sejarah penerbangan dunia yang hingga kini mencetuskan misteri. 

Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac 2014 itu sepatutnya dijadual tiba di Beijing China beberapa jam kemudian.

Namun, sejam selepas berlepas, iaitu kira-kira jam 1.22 pagi waktu Malaysia, MH370 tiba-tiba dilaporkan hilang dari radar pihak berkuasa ketika berada di lingkungan Laut Cina Selatan.

Kehilangan pesawat yang membawa 239 orang dari KLIA ke Beijing itu, menjadi detik hitam dalam lipatan sejarah penerbangan negara dan akan  terus dikenang bukan hanya ahli keluarga mangsa, malah seluruh rakyat Malaysia.

Meskipun usaha pencarian sudah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk pasukan antarabangsa dari negara Australia, namun kehilangan MH370 masih belum menemui jawapan.

Terbaharu, Netflix dilaporkan bakal menayangkan dokumentari khas mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2023 ini, iaitu tarikh sama tragedi berkenaan berlaku hampir sedekad.

Walaupun tarikh tayangan dokumentari yang bertajuk ‘MH370: The Plane That Disappeared’ telah diumumkan lebih awal, namun penonton sudah mula mempamerkan pelbagai reaksi yang tidak enak. 

Ada yang mempertikaikan apakah motif tayangan dokumentasi oleh platform penstriman tersebut, sedangkan sehingga hari ini lokasi sebenar pesawat berkenaan masih belum diketahui. 

Disebabkan itu, ada juga yang beranggapan bahawa dokumentari ini mungkin akan menggunakan konsep teori atau spekulasi sewaktu ia dihasilkan. 

Sebahagian komen pengguna media sosial yang berpendapat naskhah arahan Louise Malkinson tersebut tidak memberi penyelesaian terhadap misteri kehilangan MH370.

“Berhenti bermain dan berikan kami pertunjukan pesawat yang dinanti-nantikan! Sekiranya kita tidak tahu apa yang berlaku, jadi tujuan apa program ini dilakukan?,” kata pengguna akaun @Mjd_2nd.

“Saya sebagai rakyat Malaysia masih berasa sangat sedih dengan tragedi itu dan berasa kesal dengan mangsa keluarga sehingga kini. Saya pada usia 17 tahun, saya telah menunggu setiap hari di hadapan tv saya untuk mendengar sebarang berita baik mengenai kapal terbang ini. Lebih menyedihkan kereta mangsa masih berada di KLIA berhabuk sehingga kini,” kata @shf_jr. 

“Berapa banyak rancangan yang akan anda batalkan sebelum waktunya sehingga anda menyedari orang ramai tidak mahu melanggan perkhidmatan yang penuh dengan cerita yang tidak lengkap?,” menurut @Jillaroes

“Jadi anda tidak tahu apa yang berlaku tetapi anda membuat filem? Mengaut untung daripada insiden seperti ini membuatkan saya berasa kurang senang,” ujar pengguna Twitter @UzuNeymar.



Bagaimanapun, dokumentari ‘MH370: The Plane That Disappeared’ merupakan salah sebuah naskah yang sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh dunia, bagi mengetahui apakah kemungkinan yang telah berlaku.

Walaupun, tidak akan ada spekulasi yang mampu merungkai misteri MH370 ini, namun dokumentasi ini diharap dapat mengenang detik-detik cemas yang dilalui oleh seluruh negara ini. – Getaran 6 Mac 2023


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

PM Ingatkan Supaya Tidak Letak Harapan Tinggi Dalam Pencarian MH370

4

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara