web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Malaysia Rekod Kematian Harian Tertinggi Dengan 45 Kes Hari ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 8:33PM

Kematian yang direkodkan akibat COVID-19 hari ini adalah 45 kes manakala kes baharu pula meningkat dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan rekod kematian harian tertinggi COVID-19 hari ini dengan 45 kematian sementara kes baharu kembali meningkat dalam tempoh 24 jam lepas apabila 4,446 kes direkodkan hari ini berbanding 3,780 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan media berkata  Selangor  mencatat kematian tertinggi dengan 20 kes diikuti masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Kelantan,  tiga di Kedah, Perak dan Johor sementara  dua di Negeri Sembilan dan Melaka, serta satu kes di Pahang, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

Kematian itu melibatkan individu-individu berusia antara 36 hingga 90 tahun.

Dua hari lepas, 44 kes kematian dilaporkan manakala semalam 36 kematian direkodkan.

Sementara itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,650 kes diikuti  Sarawak (433) dan Johor (391).

Kelantan merekodkan 343 kes diikuti Kuala Lumpur (297), Negeri Sembilan (243), Kedah (236), Perak (203), Terengganu (201), Pulau Pinang (159), Pahang (139), Melaka (80), Sabah (60), Putrajaya (11) manakala Labuan dan Perlis masing-masing tidak merekodkan sebarang kes baharu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia