web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Bekerjasama Dengan NGO, Pastikan Sumbangan Sampai Sasaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 7:40AM

Asap tebal dari letupan akibat serangan udara tentera zionis ke atas Gaza pada awal pagi tadi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam perkara berhubung penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan derma yang terkumpul sampai kepada saluran yang betul, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata NGO tempatan memainkan peranan utama dalam memastikan sumbangan dan dana rakyat Palestin dapat disalurkan dengan sebaik mungkin.

“Kita akan aturkan sebaik mungkin berdasarkan kapasiti dan kemampuan yang ada pada kita.. Insya-Allah kita akan adakan gerak kerja bagaimana untuk meningkatkan bantuan kepada penduduk Palestin, khususnya mereka yang telah kehilangan tempat tinggal, memerlukan rawatan dan ubat-ubatan.

“Kita akan panggil mereka (NGO) untuk berbincang dan menjadi rakan strategik dalam hal ini untuk memastikan bantuan yang diberikan benar-benar telus dan sampai,” katanya kepada pemberita selepas mengimamkan solat hajat khusus bagi memohon keselamatan rakyat Palestin daripada rejim Israel di Masjid Jamek Ibnu Khaldun di sini, hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan masjid dan surau serta rakyat di negara ini mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas Solat Maghrib hari ini, bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel.

Sejurus selepas solat hajat khusus itu, Zulkifli turut memberi tazkirah khas berkaitan isu semasa Palestin bagi memberi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan Baitulmaqdis kepada Islam. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia