web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Sekolah Malaysia Tembus Senarai 10 Terbaik Dunia, PM Harap Kecemerlangan Berterusan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 2:09PM

Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Pulau Pinang berjaya disenarai 10 Teratas bagi Anugerah World’s Best School untuk kategori Inovasi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan dua sekolah di negara ini menembusi senarai 10 sekolah terbaik dunia mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Berkongsi kegembiraan menerusi ciapan ringkas di Twitter, Perdana Menteri turut menzahirkan harapan untuk melihat lebih banyak pencapaian seumpama itu di masa akan datang.

“Tahniah saya ucapkan kepada dua buah sekolah Malaysia yang telah berjaya disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah World's Best School 2023.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Pulau Pinang berjaya disenarai 10 Teratas bagi Anugerah World’s Best School untuk kategori Inovasi, manakala SK Kanchong Darat, Selangor berjaya disenarai 10 Teratas bagi Anugerah World’s Best School untuk kategori Gaya Hidup Sihat,” katanya.

Menerusi bebenang, Anwar juga menyatakan penghargaan untuk semua guru dan pelajar kedua-dua sekolah terbabit.

“Salut saya buat warga pendidik dan anak-anak atas pencapaian ini, semoga terus mengorak langkah mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

BERNAMA yang memetik laman sesawang World Best School Prizes anjuran T4 Education melaporkan, anugerah tersebut menawarkan lima hadiah bagi meraikan sekolah yang telah memberikan impak bersinigfikan kepada pelajar mereka, komuniti dan juga masyarakat.

Menurut platform khusus untuk pendidik dan sekolah yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu, pemenang dari lima kategori iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Gaya Hidup Sihat, akan menerima sebahagian daripada sumbangan bernilai AS$250,000 (kira-kira RM1.15 juta) untuk mengembangkan serta mempertingkatkan projek pendidikan masing-masing.

Pengumuman tiga finalis terbaik untuk setiap kategori akan dibuat pada September manakala penyampaian hadiah dijadualkan berlangsung Oktober nanti.

Ini adalah kali kedua sekolah dari Malaysia berjaya menembusi kelompok 10 terbaik.

Tahun lalu, SK Kempadang dari Pahang disenaraikan sebagai tiga sekolah terbaik dunia dalam kategori Inovasi.

Turut tersenarai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa sebagai 10 terbaik bagi kategori Menangani Cabaran. - Getaran, 16 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 19 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global