web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Penghayatan Agama, Ibu Bapa Sibuk Pengaruhi Kesihatan Mental Anak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 7:18AM

Kajian mendapati majoriti ibu bapa yang sibuk bekerja, khususnya golongan B40 akan menyerahkan sepenuhnya pendidikan agama anak-anak mereka kepada guru sekolah - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga mengabaikan didikan agama dilihat antara faktor mempengaruhi kesihatan mental anak-anak.

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Zaizul Ab Rahman berkata, kajian pihaknya mendapati majoriti ibu bapa yang sibuk bekerja, khususnya golongan B40 akan menyerahkan sepenuhnya pendidikan agama anak-anak mereka kepada guru sekolah.

Menurut beliau, kurangnya ilmu keibubapaan, gaya pendidikan serta budaya yang diterapkan oleh ibu bapa membentuk fenomena negatif dan mempengaruhi keadaan psikologi anak-anak tersebut.

“Disebabkan hambatan (cabaran) ekonomi ibu bapa sekarang yang sibuk bekerja, ada anak-anak yang sama sekali tidak mengenali ibu bapa mereka dengan lebih mendalam.

“Ini menyedihkan sebenarnya kerana ibu bapa tadi bukan bekerja untuk bermewah, tetapi mencari rezeki bagi mencukupkan keperluan asas keluarga. Ada juga yang terpaksa bekerja di ibu kota walaupun menetap di lokasi luar bandar, sehingga sering pulang lewat ke rumah,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Ibu bapa tadi bukan bekerja untuk bermewah, tetapi mencari rezeki bagi mencukupkan keperluan asas keluarga - Gambar hiasan
Ibu bapa tadi bukan bekerja untuk bermewah, tetapi mencari rezeki bagi mencukupkan keperluan asas keluarga - Gambar hiasan

Zaizul berkata, walaupun kurang didikan agama adalah faktor pemangkin, namun imigrasi individu yang gagal dalam pendidikan serta tidak mempunyai kekuatan dalaman kuat turut menyebabkan mereka menjadi mangsa penyakit mental.

“Ia didorong stress apabila memikirkan kerjaya dan mahu membina keluarga sehingga mereka lupa untuk berdoa kepada Tuhan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Kaunselor Berdaftar Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan, kebimbangan untuk mendapatkan bantuan di samping salah anggap masyarakat terhadap penyakit mental menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan awal, selain ketiadaan sokongan sosial dalam masyarakat untuk menangani permasalahan itu.

“Ada sesetengah ustaz (tempat pesakit mendapatkan bimbingan agama) suka menghukum sehingga mereka takut untuk berjumpa manakala agensi kerajaan terlibat seperti Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula tidak memperluaskan (hebahan penyakit mental) ke kampung atau daerah yang memerlukan perhatian. Ini menyebabkan wujudnya ‘silent data’.

“Berdasarkan penelitian, sembilan daripada 10 pesakit tidak akan membuat laporan.  Oleh itu, semua peringkat masyarakat perlu serius dan memahami isu tersebut kerana ketika ini ia dilihat seperti kitaran ‘bangau oh bangau’ yang saling menuding jari,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan peningkatan hampir tiga kali ganda dalam kes kesihatan mental, melibatkan penduduk berusia 16 tahun ke atas - Gambar Hiasan
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan peningkatan hampir tiga kali ganda dalam kes kesihatan mental, melibatkan penduduk berusia 16 tahun ke atas - Gambar Hiasan

Sehubungan itu, Zaizul berkata, adalah menjadi peranan semua pihak khususnya pemegang taruh untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan mental sebagai keutamaan, demi memupuk daya tahan dengan bantuan dan sokongan daripada masyarakat.

Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Pengajian Islam UKM itu menegaskan, didikan melalui media massa atau media sosial berhubung masalah kesihatan mental perlu dilaksanakan kerajaan, agar dapat membentuk kesedaran masyarakat dalam membantu anak muda yang mengalami masalah terbabit.

“Selain menjaga kestabilan ekonomi dan politik, entiti keibubapaan juga perlu diperkasakan dan wujud keperluan untuk meneliti semula kursus perkahwinan dalam memberi pengisian kepada bakal pengantin. Berdasarkan rekod, penceraian di Lembah Klang semakin meningkat disebabkan kurangnya didikan ilmu keluarga.

“Masyarakat, jawatankuasa kampung harus cakna dengan jiran mereka. Jangan pentingkan diri. Kita melihat Malaysia ini hampir berlaku sikap individualistik. Saya mengharapkan dasar yang lebih cakna untuk peringkat masyarakat dilaksanakan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kementerian terlibat dan pemegang taruh demi keperluan semua pihak,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan peningkatan hampir tiga kali ganda dalam kes kesihatan mental, melibatkan penduduk berusia 16 tahun ke atas.

Statistik membimbangkan itu dinyatakan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, ketika menyentuh cabaran dihadapi sektor kesihatan pada pembentangan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, tiga hari lalu.

Katanya, peningkatan daripada 11 peratus pada 1996 kepada 29 peratus pada 2015 itu, menunjukkan masalah kesihatan mental bagi penduduk berusia 16 tahun ke atas semakin melarat.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar turut senada dengan Zaizul dan berkata, kerajaan perlu memainkan peranan dari segi penggunaan media massa terutama televisyen dan radio untuk mendidik masyarakat bagi membentuk pemikiran sihat.

“Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) harus mengatur lebih banyak program membina di televisyen dan radio, bukan hanya hiburan seperti drama perselisihan faham keluarga. Jabatan Agama juga perlu memperkasakan isu ini dan mencari pendekatan sesuai menangani isu berkenaan.

“Kementerian Pendidikan (KPM) juga perlu perbanyakan program. Kena kenal pasti untuk membuat saringan terhadap pelajar, bagaimana boleh mengurangkan stress kanak-kanak di sekolah dan KKM juga perlu menambah sumber yang berkesan seperti rawatan atau kaunseling,” katanya. 

Dr Zainal berpandangan, peningkatan hampir tiga kali ganda kes kesihatan mental itu disumbangkan oleh pelbagai faktor, termasuk pandemik COVID-19.

“Kes dilihat bertambah mungkin kerana apabila kita lepas daripada COVID-19, ramai orang susah. Kehidupan buat golongan muda khususnya makin mencabar, malah pelajar juga berdepan kesukaran mengejar pembelajaran yang tertinggal.

“Disebabkan tiada kemudahan rawatan seperti kaunseling atau rawatan di klinik, penyakit mental boleh bertukar menjadi serius sehingga golongan anak muda itu mencari alternatif baharu untuk menenangkan perasaab seperti menghisap rokok, vape dan terlibat dengan pergaulan bebas yang meruntukan akhlak.

“Jadi, pemimpin jangan berpolitik sangat kerana polemik itu juga buat rakyat bertambah stres. Kerajaan bukan sahaja perlu memberi tumpuan kepada ekonomi tetapi juga kumpulan terbiar yang ada penyakit mental, khususnya pelajar sekolah. Lakukan tindakan sekarang, bukan 10 tahun akan datang, termasuk kawalan ke atas aspek hiburan,” katanya. -  Getaran, 18 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 2 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Sukan 18 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman