web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suri Rumah Mengaku Tidak Bersalah Tipu Perniagaan Kuih Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 May 2021 2:01PM

Wan Roshaidayati Wan Mohd Salleh (kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan melakukan penipuan melibatkan projek kuih raya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan melakukan penipuan membabitkan perniagaan projek kuih raya pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Wan Roshaidayati Wan Mohd Salleh, 51, berasal dari FELDA Jengka 8, dekat Maran, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Najwa Hashim, di Mahkamah Majistret Kuantan, pagi tadi. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menawarkan pemberian modal permulaan perniagaan projek kuih raya RM2,000 kepada seorang wanita berusia 41 tahun.

Tawaran berkenaan mendorong wanita terbabit menyerahkan wang RM500 secara tunai kepadanya di sebuah restoran di Taman Seri Mahkota di sini, jam 9.30 malam, pada 31 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Wan Roshaidayati didakwa menipu seorang pemuda berusia 28 tahun bagi tujuan sama hingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM500 kepada tertuduh.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan di kawasan parkir sebuah stesen minyak dekat Taman Seri Mahkota Aman, di sini, pada masa dan tarikh sama.

Pendakwaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd Azahari Mat Asin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun depan bagi tarikh sebutan semula kes.  – Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia