web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertambahan Jumlah Pesakit, PKRC MAEPS Melebihi Kapasiti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 7:07PM

Sebahagian pesakit COVID-19 yang ditempatkan di PKRC di MAEPS. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertambahan mendadak pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) merupakan antara punca pusat kuarantin tersebut tidak dapat diuruskan dengan baik.

Mengakui hakikat itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya kini sedang dalam proses menambah baik penempatan pesakit COVID-19 di MAEPS dalam beberapa aspek, seperti yang ditekankan baru-baru ini.

“Pertambahan mendadak pesakit menjadikan MAEPS beroperasi melangkau kapasiti yang ada.

“Penambahbaikan ini bertujuan meningkatkan keselesaan pesakit yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS,” kata JKNS hari ini.

Menurut jabatan itu, peningkatan kes COVID-19 terkini juga menyaksikan pertambahan mendadak bagi kes kategori 3, sekali gus memerlukan penambahan lebih banyak katil, untuk menjadikan jumlah keseluruhan 1,000.

“Peningkatan ini sudah tentunya meningkatkan cabaran kepada barisan petugas dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pesakit,”kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu JKNS juga  menjelaskan, peningkatan pesakit yang mendadak di negeri itu juga memaksa pesakit warga emas dengan usia melebihi 70 tahun dan kanak-kanak di bawah dua tahun dipindahkan ke PKRC Bersepadu MAEPS 2.0.

Pesakit daripada dua kumpulan tersebut sebelum ini ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh.

Untuk rekod, pada masa ini purata jumlah kemasukan pesakit adalah sekitar 600 sehari dan pernah mencecah sehingga 1,800 orang.

Dalam perkembangan sama JKNS berkata, pihaknya turut berdepan dengan isu kebersihan seperti tidak menjaga kebersihan tandas dan membuang sampah merata-rata sehingga menyebabkan kemudahan itu tersumbat.

JKNS dalam kenyataannya turut menjelaskan, isu penjarakan fizikal dalam pusat kuarantin seperti yang dibangkitkan tidak menjadi masalah kerana semua pesakit yang terlibat telah disahkan positif COVID-19.

“Berkenaan isu yang dibangkitkan iaitu suhu di dewan terutama yang menempatkan pesakit wanita tempatan dan kanak-kanak, siling dewan tersebut tidak setinggi dewan terbuka lain,'' katanya.

Semalam portal Free Malaysia Today melaporkan, pesakit di MAEPS perlu menunggu sehingga enam jam untuk mendapatkan katil dan menggigil kesejukan akibat suhu penghawa dingin, selain terpaksa menunggu berjam-jam bagi makanan dan penggunaan kemudahan di situ.

Mereka juga menekankan aspek ketiadaan jarak fizikal di pusat tersebut. - Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia