web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Kini Di Peringkat Pembentukan - KPWKM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 7:30PM

Apabila jabatan ini diwujudkan kelak, ia akan menjadi agensi ketujuh di bawah KPWKM. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Proses untuk mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini di peringkat pembentukan serta penyusunan semula.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata bagi peringkat awal, proses yang membabitkan bahagian kanak-kanak itu ketika ini diurus serta digerakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Memandangkan kita mempunyai JKM dan di bawah JKM, ada bahagian kanak-kanak maka Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dibangunkan daripada unit sedia ada di bawah JKM sebelum bahagian ini dijadikan secara rasmi sebagai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak pada penghujung tahun 2025.

“Apabila jabatan ini diwujudkan kelak, ia akan menjadi agensi ketujuh di bawah KPWKM. Buat masa sekarang, kita menumpukan kepada proses mengemas kini selain melihat sekiranya ada keperluan untuk meminda Akta Kanak-Kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu & Hari Bapa peringkat Negeri Kelantan 2023 di Institut Pengurusan Peladang Panji di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi.

Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata kewujudan jabatan itu penting memandangkan kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, penderaan dan pelbagai isu membabitkan golongan berkenaan semakin berleluasa.

“Sekarang kalau kita tengok peranan JKM lebih menumpukan kepada urusan kebajikan, bantuan selain turut menguruskan 10 kumpulan sasar termasuk wanita, keluarga, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.

“Namun apabila Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak ditubuhkan kelak, ia akan menfokus kepada kanak-kanak malah menerusi jabatan ini juga, segala urusan membabitkan kanak-kanak akan diletak di bawah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan bukan lagi di bawah Ketua Pengarah JKM,” katanya.

Beliau juga berkata untuk menguruskan jabatan berkenaan, pihaknya akan menggunakan kakitangan sedia ada di bawah JKM walaupun kementerian dibenar mengambil pekerja kontrak.

“Selagi tidak berdiri sendiri, kita akan mengunakan kakitangan yang sedia ada. Malah kita juga dibenarkan untuk melantik kakitangan kontrak iaitu dengan peruntukan seramai 224 orang setahun mengikut keperluan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aiman Athirah berkata KPWKM telah memperuntuk sebanyak RM202.8 juta untuk kebajikan rakyat negeri Kelantan tahun ini dan ia memberi manfaat kepada 48,000 penerima menerusi JKM.

“Menerusi peruntukan ini, sebanyak 80 peratus disalurkan secara terus sebagai bantuan kewangan yang meliputi bantuan kepada warga emas, OKU, OKU terlantar, OKU tidak bekerja, ibu tunggal dan sebagainya.

“Selain peruntukan yang diberikan, kerajaan negeri turut memperuntuk hampir RM24 juta pada tahun ini kepada JKM untuk melengkapi keperluan bagi menyantuni kebajikan masyarakat di Kelantan yang layak menerima,” katanya.

Beliau berkata kementerian itu turut memperuntuk RM2.38 juta bagi pembinaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kelantan di Jalan Dusun Muda yang dijangka siap pada Ogos depan sebelum dapat berfungsi sebagai pusat agensi pelaksana program serta aktiviti perancangan keluarga.

“Setakat ini, sebanyak empat LPPKN telah siap dibina di seluruh negara iaitu di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka serta Selangor dan kementerian menyasarkan untuk mewujudkan pusat ini di setiap negeri kerana merasakan ia memberi manfaat terutama kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapat akses kepada kemudahan yang ditawarkan oleh LPPKN.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada peruntukan tahunan yang diperoleh,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

2

Semasa 10 bulan yang lalu

JKM Kesan Ibu Kandung Bayi Perempuan 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Negara Jadi Hebat Melalui Penerapan Nilai Murni Dari Institusi Keluarga - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penerima Bantuan Kebajikan Keluar Daripada Kelompok Miskin - Nancy

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia