web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negara Jadi Hebat Melalui Penerapan Nilai Murni Dari Institusi Keluarga - PM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 4:02PM

 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pengunjung pada sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan bertemakan 'Keluarga Harmoni, Negara Madani' di Dataran Putrajaya, hari ini. gambar FB KPWKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesebuah negara akan menjadi hebat melalui penerapan nilai murni yang dipupuk bermula dari institusi keluarga.

Ketika melancarkan sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) 2023 di sini hari ini, Anwar berkata, penerapan nilai murni, menjadi asas kepada pembentukan masyarakat dan negara MADANI.

"Negara MADANI boleh dipupuk dan diangkat bermula dari institusi keluarga," katanya.

Anwar berkata, penerapan itu yang bermula dari institusi keluarga, menjadikan masyarakat Malaysia terlatih untuk berkasih sayang dan bersifat rahmah.

"Dunia sekarang seperti mana dipaparkan saban hari tentang kekejaman dan keganasan di Gaza membuatkan kita tersentuh hati nurani, sebab kita dilatih untuk kenal apa itu ihsan, kasih sayang, rahmah dan erti kemanusiaan," katanya.

Anwar berkata, penerapan nilai, akhlak dan kemanusiaan tidak boleh diabaikan, dalam usaha membina negara kerana tanpanya amalan kemungkaran, rasuah dan penyelewengan akan berleluasa.

"Kadang-kadang dalam membina negara nilai-nilai ini tidak sangat ditekankan, sebaliknya yang sering ditekankan adalah soal pembangunan, ekonomi dan pekerjaan. Itu petanda keruntuhan atau bibit-bibit permulaan keruntuhan sesebuah negara," katanya.

Anwar berkata, kejayaan pembinaan institusi keluarga turut menjadi penanda aras penilaian terhadap keupayaan kepimpinan seseorang pemimpin.

"Menteri juga dinilai dari sudut keupayaan, mengawal, mendidik, mengasuh dan mengasihi keluarga. Kalau keluarganya porak peranda maka sukar untuk membentuk masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan penghargaannya terhadap komitmen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, yang memperjuangkan kedudukan wanita serta kanak-kanak di negara ini.

"Kalau ini contoh yang ditunjukkan Nancy, saya percaya semangat keluarga harmoni dapat dipupuk, kerana pimpinan dalam KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) ada komitmen dan dedikasi yang sangat tinggi, hebat serta luar biasa," katanya.

Sementara itu, Nancy berkata, Anugerah Khas Kasih MADANI diperkenalkan sempena sambutan BKK2023 itu, sebagai pengiktirafan kepada majikan yang telah melaksanakan amalan dan polisi mesra keluarga di agensi atau syarikat masing-masing.

Sambutan BKK2023 yang bertemakan Keluarga Harmoni, Negara MADANI anjuran KPWKM, adalah platform bagi menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas cerminan kepada masyarakat yang stabil dan sejahtera. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia