web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: 47 Kematian Baharu Hari Ini Tertinggi Pernah Direkodkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 8:41PM

Dr Noor Hisham Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka korban akibat COVID-19 di negara ini, terus meningkat dengan 47 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam iaitu angka tertinggi pernah direkodkan setakat ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif maut di Malaysia kini 1,994.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata majoriti kes dilaporkan di kawasan Lembah Klang dengan 22 kes melibatkan 18 di Selangor dan empat di Kuala Lumpur, diikuti masing-masing lima kes di Sarawak dan Pulau Pinang; Johor dan Kelantan masing-masing empat; Perak (tiga); Pahang (dua), serta masing-masing satu kes di Kedah dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata kes kematian itu melibatkan 46 warganegara dan seorang bukan warganegara dalam lingkungan umur antara 41 hingga 94 tahun dengan majoriti individu menghidap penyakit kronik.

Sementara itu, dalam tempoh sama kes baharu COVID-19 turut meningkat apabila 4,865 kes direkodkan hari ini berbanding 4,446 kes semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 479,421 kes.

“Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,743 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (477),” katanya dalam satu kenyataan mengenai penularan COVID-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata Johor pula merekodkan 407 kes diikuti Kelantan (406), Kedah (244), Pulau Pinang (220), Perak (160), Terengganu (156), Pahang (152), Negeri Sembilan (149), Melaka (127), Putrajaya (sembilan), Labuan (enam) dan Perlis (dua).

Beliau berkata kes baharu melibatkan 4,860 kes penularan tempatan dan hanya lima kes import menjadikan kes aktif kini sebanyak 44,827.

Dalam pada itu, jumlah individu yang dirawat dalam Unit Rawat Rapi (ICU) setakat ini ialah seramai 531 kes dengan 277 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata terdapat 19 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan tujuh kluster di tempat kerja, lima kluster keagamaan dan empat kluster komuniti.

Bagi kluster pengajian tinggi, kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) serta kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM, masing-masing dikesan dengan satu kluster baharu.

“Kluster di tempat kerja ialah Kluster Jalan Petaling Industri dan Kluster Jalan Besi Satu di Johor; Kluster Utarid Sembilan Belas dan Kluster Jalan Kampung Taib (Selangor); Kluster Dah Helang dan Kluster Dah Arked (Kedah) serta  Kluster Bayan Lepas Innoplex di Pulau Pinang.

Kluster keagamaan melibatkan Kluster Jalan Bukit Mutiara di Johor; Kluster Jalan Helang Siput (Kuala Lumpur); Kluster Kampung Kemuning (Melaka); Kluster Jalan Batu Dua (Negeri Sembilan) dan Kluster Banggol (Terengganu),” katanya.

Kluster komuniti pula Kluster Hulu Spaoh dan Kluster Jelang di Sarawak; Kluster Seri Sutra (Perak) serta Kluster Jambu Bongkok (Terengganu) manakala Kluster Jalan Sri Putri Empat, Johor (kluster institusi pendidikan KPM); Kluster Gong Badak, Terengganu (kluster pendidikan tinggi) dan Kluster Jalan Lima Belas di Selangor serta Kuala lumpur adalah kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia