web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada PKP Penuh Di Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 3:18PM

Dr Dzulkefly - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ tidak akan dilaksanakan di Selangor dalam masa terdekat.

Menegaskan perkara itu, Ketua Pasukan Petugas Menangani COVID-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jangkitan COVID-19 di negeri berkenaan meski sudah tinggi, namun ia masih berada dalam keadaan terkawal.

Menurut beliau, keputusan itu bagaimanapun tertakluk kepada budi bicara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan pusat.

“Berdasarkan statistik semasa, jumlah kes di negeri ini tidaklah ‘parah’ berbanding negeri lain.

“Isi rumah di Selangor 1.9 juta, manakala tenaga buruh dan pekerja masing-masing direkodkan pada 3.59 dan 3.4 juta. Di sini kita boleh lihat betapa negeri ini memiliki kepadatan yang tinggi,” katanya dalam sidang media menerusi Facebook Live di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Dr Dzulkefly yang juga bekas Menteri Kesihatan turut menggesa kerajaan agar tidak terburu-buru melaksanakan Perintah Berkurung di negeri berkenaan.

“Kerajaan perlu memikirkan secara teliti dalam mengendalikan virus tersebut yang sebelum membuat keputusan.

“Jangan membuat sekatan pergerakan sebagai jalan mudah kerana kegagalan anda menangani wabak COVID-19,” tegasnya lagi. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia