web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP Punca Kluster Kampung Pauh Lima

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 5:07PM

Datuk Dr Zaini (kiri) meninjau penduduk Kampung Pauh Lima Kota Bharu membuat ujian saringan COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) disahkan sebagai punca tercetusnya Kluster Kampung Pauh Lima di sini, sehingga lokasi itu terpaksa diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai hari ini sehingga 1 Jun depan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, penduduk kampung berkenaan didakwa melaksanakan solat Tarawih dan fardu, membabitkan antara 20 hingga 40 jemaah tanpa penjarakan sosial.

Menurut beliau, surau milik persendirian itu tidak dilengkapi mesin pengimbas suhu dan rekod keluar masuk jemaah.

“Mereka didapati melanggar SOP sehingga mengakibatkan penularan COVID-19 dan sehingga kelmarin, seramai 84 individu disahkan positif virus berkenaan, termasuk sepasang bayi kembar perempuan berusia lima bulan.

“Semua ini adalah hasil daripada 423 ujian saringan yang dibuat,” katanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (tiga dari kanan) meninjau sekatan jalan raya di PKPD Kampung Pauh Lima, hari ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (tiga dari kanan) meninjau sekatan jalan raya di PKPD Kampung Pauh Lima, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau persiapan pelaksanaan PKPD yang akan berkuat kuasa di Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong, Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu, Kota Bhåaru mulai tengah malam nanti.

Turut hadir ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Dr Zaini berkata, masyarakat perlu faham virus COVID-19 boleh merebak disebabkan tiada penjarakan fizikal, khususnya jika membabitkan kawasan yang terhad.

Katanya, seramai 1,023 penduduk kampung akan menjalani ujian saringan COVID-19 yang dijangka akan selesai Jumaat ini.

Sementara itu, Shafien berkata, setakat ini, polis belum menerima laporan berkaitan pelanggaran SOP di surau berkenaan.

Katanya, pihaknya hanya mendengar khabar angin berkenaan pelanggaran SOP oleh jemaah surau terbabit.

“Tiada gambar yang membuktikan pelanggaran SOP di surau berkenaan. Jika ada gambar, kita minta individu berkenaan tampil untuk memberi maklumat,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia