web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cadangan Hukuman 'Unik' Damian Mikhail Buat Pelanggar SOP Mendapat Sokongan

Penyanyi dan pencipta lagu Damian Mikhail memberi cadangan bijak tentang cara menghukum golongan kayangan yang melanggar SOP lebih daripada sekali.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2021 5:50PM

Gambar Dari Instagram Damian Mikhail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di kala Malaysia sedang cuba melawan pandemik COVID-19, negara dihebohkan pula dengan isu para selebriti dan beberapa orang kenamaan atau VIP yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pihak berwajib sempena perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Ada beberapa pihak yang lantang menyuarakan cadangan serta pendapat masing-masing tentang bagaimana isu ini boleh ditangani.

Tidak ketinggalan, kebanyakan warga net juga meluahkan rasa kecewa serta tidak puas hati mereka terhadap golongan yang digelar ‘golongan kayangan’ ini, kerana sering diberikan kelonggaran setiap kali didapati melakukan kesalahan.

Dalam pada itu penyanyi dan pencipta lagu, Damian Mikhail pula memberikan cadangan yang lebih bijak di laman Instagramnya.

Damian mencadangkan supaya golongan kayangan yang didapati melakukan kesalahan melanggar SOP lebih daripada sekali seharusnya dihukum dengan cara disuruh menjadi sukarelawan di mana-mana hospital bagi membantu mengurangkan beban pekerja barisan hadapan.

Damian mencadangkan juga supaya para pesalah ini memakai pakaian khas PPE yang sering disarungkan golongan barisan hadapan supaya mereka tahu betapa susahnya bertugas dalam kondisi sedemikian.

Malah Damian turut mencadangkan supaya mereka disuruh melakukan kerja sukarelawan ini untuk tempoh yang panjang agar mereka dapat melihat dan merasai sendiri perasaan pekerja barisan hadapan selain mereka yang bergelut dengan wabak tersebut.

Gambar dari Instagram Damian Mikhail
Gambar dari Instagram Damian Mikhail

Rata-rata cadangannya ini mendapat persetujuan ramai orang awam selain penggiat industri hiburan berdasarkan hantaran terbarunya di laman Instagram. - Getaran, 20 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Politik 1 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Jerman Luluskan Pencen Untuk Individu Alami Long Covid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia