web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tahanan Polis Di IPD Gombak, Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 7:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang tahanan polis meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas semasa ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata suspek lelaki berumur 43 tahun itu dibawa ke IPD berkenaan bagi tujuan pendokumentasian.

"Suspek terdahulu ditahan pada 11.20 pagi di hadapan pos pengawal sebuah premis kilang di Taman Selayang Baru, Gombak yang dilaporkan masih dikehendaki.

"Suspek tiba di IPD Gombak pada 11.40 pagi dan semasa berada di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Gombak, suspek mengalami sesak nafas dan pihak polis telah menghubungi Hospital Selayang untuk bantuan kecemasan," katanya dalam kenyataan malam ini. 

Arifai berkata petugas ambulans Hospital Selayang telah tiba di pejabat JSJ IPD Gombak untuk memberikan rawatan kecemasan.

"Penolong Pegawai Perubatan Hospital Selayang kemudiannya telah mengesahkan bahawa suspek telah meninggal dunia pada 12.30 tengah hari," katanya sambil menambah suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai sejarah rawatan penyakit jantung. 

Menurut Arifai siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa kes Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia