web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKPD: 2,687 Orang Berada Di UTM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2021 7:57AM

Anggota unit bahagian Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor bersama polis memasang pagar kawat berduri di gate 2 di UTM Skudai, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 2,687 orang berada di dalam kawasan kampus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini hingga 3 Jun ini.

Pegawai Daerah Kulai Zainor Adani berkata, daripada jumlah itu seramai 2,131 orang adalah pelajar yang tinggal di kolej kediaman, manakala 556 orang adalah kakitangan termasuk ahli keluarga di kampus berkenaan.

“Berdasarkan data yang diterima oleh Bilik Gerakan PKPD UTM, sehingga kini sebanyak 54 kes positif daripada 351 saringan yang dilaksanakan, manakala 223 adalah negatif dan 74 masih menunggu keputusan daripada Kluster Lingkaran Ilmu.

“Ujian saringan dan pengesanan kontak masih dilakukan di kampus berkenaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Zainor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulai berkata, pihaknya akan mengambil alih pengurusan di dalam kawasan PKPD UTM dan bilik gerakan telah diaktifkan bagi menyelaras proses pengurusan, diketuai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulai.

Polis Diraja Malaysia akan mengetuai hal berkaitan keselamatan yang akan dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Polis Bantuan UTM, manakala agihan sumbangan, bantuan dan bekalan makanan akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam.

PKPD UTM melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pejabat Daerah Kulai, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Perbandaran Kulai dan Pejabat Kadi Daerah Kulai.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD akan dilaksanakan di kampus berkenaan mulai hari ini hingga 3 Jun, berikutan 49 kes positif COVID-19 direkodkan hasil daripada 346 ujian saringan yang dijalankan ke atas penghuni kolej kediaman dan Pusat Kesihatan kampus itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia