web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tokong Hangus Dijilat Api

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 11:40AM

Sebuah tokong hangus dijilat api di Kampung Mahandoi, Jalan NC Mogunting, di Penampang, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Sebuah tokong hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Mahandoi, Jalan NC Mogunting, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, tokong jenis kekal tersebut hangus hampir 70 peratus, termasuk di bahagian dewan utama.

Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi I, Jamaludin Hussin berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.20 petang, semalam.

"Sepasukan sepuluh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

"Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak di bahagian dalam tokong," katanya kepada Getaran, ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Jamaludin, dengan bantuan BBP Kota Kinabalu dan Pasukan Bomba Sukarela Kampung Babah, Penampang, kerja pemadaman segera dilakukan bagi mengelakkan api dari merebak ke bangunan berhampiran termasuk rumah pekerja.

"Operasi tamat sepenuhnya jam 10.38 malam dengan anggaran kemusnahan bangunan hampir 70 peratus.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan selain rumah pekerja juga dapat diselamatkan sekali gus mengurangkan risiko kemusnahan harta benda," katanya.

Sehingga kini JBPM Sabah masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa ekoran kejadian tersebut. - Getaran, 21 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia