web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tan Sri, Jangan Gopoh Sangat, Cerita Biar Habis - Ahmad Shabery

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:41PM

Ahmad Shabery Cheek berkata, keghairahan Muhyiddin Yassin untuk turut sama bercakap mengenai isu berkaitan lembaga tersebut boleh menjerat dirinya semula - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan agar tidak terlalu ghairah mendabik dada sehingga gagal menyampaikan kebenaran.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, keghairahan Muhyiddin untuk turut sama bercakap mengenai isu berkaitan lembaga tersebut boleh menjerat dirinya semula.

Menurut beliau, dakwaan mantan Perdana Menteri itu kononnya hutang FELDA telah dilaksana ketika beliau menyandang portfolio pemimpin utama negara sememangnya tidak dinafikan.

“Betul, tahun 2021 diumum hutang peneroka kepada FELDA dilupus. Tapi FELDA pula berhutang melalui sukuk untuk ambik alih FGV, bayar hutang KWSP dan MayBank. Banyak tu, lebih RM9 Bilion. 

“Macam mana FELDA nak bayar hutang? Maaf Tan Sri, jangan gopoh sangat. Cerita jangan tak habis,” katanya, sinis.

Ahmad Shabery yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan Muhyiddin, kononnya pelupusan hutang telah dilaksanakan ketika beliau masih menyandang jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pagoh itu menerusi hantaran di Facebook semalam mendakwa, tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA ialah satu pembohongan.

Katanya, pelupusan hutang telah dilaksanakan ketika beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Dakwa Muhyiddin, hal tersebut disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari lalu. 

"Namun, oleh kerana kekangan aliran tunai FELDA, kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan,” katanya.

Membidas dakwaan beliau, Ahmad Shabery berkata, Muhyiddin sebelum ini berjanji untuk membuat pembayaran berjumlah RM1 bilion setahun untuk tempoh sedekad.

“Sepatutnya dah mula bayar tahun 2022. Tapi ia tak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh-jatuh.

“Ia hanya janji, tapi tak laksana. Sebab tak ada hitam putih dengan FELDA untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu,” selarnya.

Beliau menarik perhatian, hal itu hanya menemui jalan penyelesaian baru-baru ini apabila Anwar yang memimpin Kerajaan Perpaduan memeterai perjanjian bersama FELDA.

“Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada FELDA untuk selesaikan hutang itu. 

“Alhamdulillah FELDA lega dan boleh bantu lagi peneroka,” katanya. - Getaran, 8 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang